Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Najib Lawat Medan Niaga...

KUCHING - Ribuan pengunjung dan peniaga di Medan Niaga Satok di sini jelas...

Bukan Cina Pertama Presiden...

SINGAPURA - Buat pertama kali, seorang anak Melayu/Islam dilantik sebagai Presiden bagi Kelab...

Perintah Kawalan Pergerakan Keempat...

SEDAR tak sedar, Malaysia sudah pun memasuki fasa keempat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan...

Rekod Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Negara merekodkan 1,063 kes baharu positif Covid-19 hari ini, iaitu...

2 Lelaki Menyamar Polis Samun Remaja Ditahan Di Perai

BUKIT MERTAJAM – Dua lelaki ditahan di Perai dekat sini kerana disyaki menyamar sebagai polis dan menjadikan remaja sekitar daerah Seberang Perai Tengah sebagai mangsa samun.

Ketua Polis Daerah itu ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dua lelaki masing-masing berusia 20 dan 24 tahun itu ditahan pada pukul 11.45 pagi semalam di sebuah stesen minyak di Taman Chai Leng, Perai.

“Semasa ditahan kedua-dua lelaki itu baru sahaja menyamun seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di belakang stesen minyak itu, mereka yang memakai vest seperti polis menyamar sebagai anggota keselamatan itu memeriksa lesen dan beg pinggang remaja terbabit.

“Mereka kemudiannya mengambil beg pinggang yang mengandungi dompet mangsa dan sejumlah wang serta dua telefon bimbit milik remaja berkenaan sebelum melarikan diri menaiki sebuah motosikal,” katanya di sini hari ini.


Beliau berkata polis menemui semula barang-barang milik remaja berkenaan dan merampas dua vest, satu gari serta anak kunci gari ketika menahan mereka.

Nik Ros Azhan berkata siasatan awal mendapati mereka yang mempunyai empat rekod jenayah lampau itu aktif menjalankan kegiatan jenayah itu sejak beberapa bulan lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori