Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kursus Masscomm Tak Lagi...

SHAH ALAM - Penasihat Media Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Datuk A. Kadir Jasin...

Pensyarah Wanita Ditahan SPRM...

ALOR SETAR - Seorang pensyarah wanita berusia lingkungan 40-an ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Ujian Fizikal Eksesais Calon...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan ujian Fizikal Eksesais pengambilan...

Waris Pakcik Ni Tampil...

"AYAH ada di hospital, tolonglah tengok-tengokkan ayah kamu, sementara ayah hidup lagi, kalau...

2 Pemuda Ditahan Ketika Cuba Loloskan Diri Dari Polis

JOHOR BAHRU – Dua pemuda yang dipercayai terlibat dalam kes samun di sekitar Johor Bahru, ditahan ketika cuba meloloskan diri dari pihak polis di Taman Mewah, Kulai, dekat sini kira-kira pukul 4 petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kedua-dua suspek berusia 20 dan 21 tahun.

Sebelum berjaya diberkas, dilaporkan berlaku aksi anggota polis peronda Ibu Pejabat daerah (IPD) Kulai mengejar mereka, kata beliau.

“Anggota yang bertugas menerima maklumat daripada sebuah balai untuk mengesan sebuah kereta suspek yang dalam keadaan mencurigakan di kawasan Taman Desa Kulai.

“Kebetulan, anggota tersebut terserempak dengan kereta berkenaan di Taman Mewah.

“Ketika polis cuba mendekati kereta itu untuk pemeriksaan, suspek bertindak memecut kereta dan hilang jejak.

“Namun kereta itu dapat dikesan semula semasa sedang bersembunyi di kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tan Yoke Fong dalam keadaan enjin dimatikan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata di sini, polis sekali lagi cuba melakukan pemeriksaan namun suspek tidak memberikan kerjasama dan bertindak agresif dengan cuba melanggar anggota bertugas.

Bagi mempertahankan diri, polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta suspek sebelum mereka bertindak memecut kereta.


“Sampai di hadapan sebuah rumah di Jalan Selendang, Taman Mewah, Kulai kereta mereka terbabas dan melanggar tiang lampu.

“Akibat daripada itu, seorang suspek yang memandu kereta patah kaki serta dipercayai turut ada kesan tembakan pada bahagian pinggang dan telah dibawa ke Hospital Sultanah Amanah (HSA) bagi rawatan lanjut.

“Seorang lagi suspek hanya mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai,” tambahnya.

Beliau berkata hasil semakan turut mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan curi kenderaan dan dadah.

Selain itu, kereta yang dinaiki keduanya merupakan kenderaan curi yang dilaporkan hilang dua hari lalu di Bukit Indah, Johor Bahru.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori