Sunday, September 8, 2024

Creating liberating content

Gambar: ‘Rider Otai’ Turut...

DI SEBALIK musibah banjir yang melanda dengan dahsyat negeri Kelantan baru-baru ini, terselit hikmah...

Sultan Johor Kurnia Pesawat...

HADIAH... Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebuah pesawat jenis Amphibious...

Pesara Tentera Amang Seksual...

IPOH – Tindakan seorang pesara tentera melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan...

Kritik Pramugara Di Laman...

GARA-GARA mengkritik cara kerja seorang pramugara Air Asia, teruk penyanyi Ainan Tasneem dikritik...

24 Peserta Sertai Kejuaraan Tomoi Antarabangsa Larut

TAIPING – Seramai 24 peserta tomoi dari dalam dan luar negara akan menyertai kejohanan Kejuaraan Tomoi Antarabangsa Larut yang bakal diadakan di Arena Batu Kurau dekat sini, selama dua hari mulai Jumaat ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Amran Abdul Rahman berkata kejohanan yang diadakan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Larut itu disertai tiga negara iaitu Nigeria, Kanada dan Thailand.

Beliau berkata kejohanan itu diadakan bagi merebut tali pinggang kejuaraan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Anggota Parlimen Larut.

“Kejohanan itu bertujuan memperkenalkan sukan tomoi di Parlimen Larut di samping memberikan pendedahan kepada belia-belia mengenai sukan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.


Menurutnya, kejohanan itu juga menawarkan sejumlah wang tunai dan pingat kepada pemenang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori