Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Trend ‘Barcode’: KPM Pandang...

SERDANG: Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius peningkatan bilangan pelajar yang mempunyai idea untuk...

Wanita Lahirkan 69 Anak...

SEORANG wanita dari Palestin yang dipercayai antara wanita paling subur di dunia, dilaporkan...

Jambatan Batang Samarahan Kini...

KUCHING - Jambatan sepanjang kira-kira 774 meter bernilai sekitar RM93 juta yang menghubungkan...

Pelaksanaan PKP 2.0 Bukan...

PUTRAJAYA - Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) bukan satu perkara mudah...

Keputusan ‘Tuhan Harun’ Bunuh Pegawai JAIP 27 Disember

KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 Dis depan untuk keputusan kes ketua ajaran sesat “Tuhan Harun” dituduh membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu berikutan pihak pendakwaan dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh, Nurul Farahah Mohd Suah dan Shahrul Ekhsan Hasim lewat mengemukakan hujahan bertulis kepada pihak mahkamah dan peguam bela.

Beliau turut menegur pihak pendakwaan atas kegagalan menyerahkan hujahan bertulis itu pada tarikh ditetapkan pihak mahkamah sebelum ini.

Keputusan kes itu sebelum ini ditetapkan pada hari ini sebaik mahkamah selesai mendengar hujahan penggulungan daripada pihak pendakwaan dan pihak pembelaan.

Harun Mat Saat yang merupakan ketua ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ dan lima pengikutnya didakwa membunuh Ahmad Raffli pada 1.50 tengah hari, 10 Nov 2013 di No 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota, di sini.

Lima lagi tertuduh ialah isteri ketiga Harun, Azida Mohd Zol, 33, pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40, dan tiga pengikut Jefferi Safar, 39, Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39.

Shamsinar dan Sumustapha juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, membunuh Ahmad Raffli pada tarikh, tempat dan masa sama.


Bagaimanapun, Harun meninggal dunia pada 16 Ogos lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini akibat masalah pernafasan.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 dan 120B (1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kesemua tertuduh diwakili tiga peguam, Hermes Putra Media Ibrahim, Amer Hamzah Arshad dan Mohammad Naim Mahmud.

Sepanjang perbicaraan, sebanyak 54 saksi dipanggil memberi keterangan termasuk anak dan isteri mangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori