Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Gelandangan Jadi Viral...

SEORANG lelaki yang hidup gelandangan kini menjadi sensasi internet selepas rakaman videonya bermain...

Dah Tak Dijemput Rasmi...

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikhabarkan akan bercuti dalam satu...

Vokal Dayang Nurfaizah Di...

KEMENANGAN penyanyi Dayang Nurfaizah untuk kategori Vokal Terbaik menerusi lagu Di Pintu Syurga pada Anugerah...

Jemaah Haji Pertama Malaysia...

MAKKAH - Kumpulan pertama Jemaah haji Malaysia di Madinah dijadual tiba di Tanah...

3 Menara Penyejuk Kilang NSTP Hampir Musnah Kebakaran

SHAH ALAM – Tiga menara penyejuk yang terletak di bahagian atas bangunan kilang percetakan The New Straits Times Malaysia Berhad (NSTP) di sini hampir musnah dalam kebakaran hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 1.19 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Tiga menara penyejuk yang terletak dalam sebuah bilik unit kendalian udara (AHU) berkeluasan 222.9 meter persegi di tingkat atas premis tersebut musnah hampir 90 peratus dijilat api.

“Bagaimanapun, bomba dapat mengawal api daripada merebak ke bahagian lain,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Kebakaran yang berlaku turut menyebabkan asap tebal sehingga menjadi tumpuan penduduk di sekitar kawasan kilang berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori