Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jong-chol Diusir Pulang Ke...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen mengesahkan pihak polis telah menyerahkan lelaki warga Korea...

Mengaku Salah Miliki Bahan...

KUALA LUMPUR - Seorang juruteknik penyaman udara mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di...

Kelindan Lori, Penganggur Didenda...

KUALA LUMPUR – Seorang kelindan lori didenda RM5,300 atau lima bulan penjara oleh...

Banjir: 17 Laluan Ditutup...

KOTA BHARU - Sebanyak 17 laluan di tujuh jajahan di negeri ini ditutup...

3 NGO Buat Laporan Polis Individu Hina Sultan Johor

KUALA LUMPUR – Tiga badan bukan kerajaan (NGO) membuat tiga laporan polis terhadap Satees Muniandy, Setiausaha Peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P.Ramasamy, yang didakwa menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Facebook.

NGO berkenaan ialah Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM).

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili tiga NGO itu berkata laporan polis itu dibuat setelah melihat kenyataan yang dimuat naik di laman sosial oleh Satees yang didakwa sebagai kenyataan biadap.

“Kami mengharapkan pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat kesahihan kenyataan itu dan ambil tindakan sewajarnya kerana tindakan Satees itu sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Pada Khamis (3 Nov) lepas Sultan Ibrahim bertitah di Majlis Himpunan Bangsa Johor menegur seorang bekas pemimpin negara yang terkenal di dunia kerana menyokong demonstrasi jalanan.

“Di negeri Johor, saya tidak akan benarkan mana-mana pihak menganjurkan demonstrasi jalanan kerana ia akan mengganggu ketenteraman awam dan memberikan imej yang tidak baik.

“Oleh itu, saya ingatkan kepada semua NGO di Johor dan semua bangsa Johor supaya jangan mengikut budaya yang sesat ini,” titah baginda.

Susulan titah baginda itu satu status dimuat naik dalam akaun Facebook dipercayai milik Satees pada hari yang sama, memberi komen mengenai larangan itu.

Di JOHOR BAHRU, Gabungan Persatuan NGO Negeri Johor mendesak agar Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pegawai Khas kepada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang M. Satees untuk tampil dan membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kenyataan mereka yang dilihat menghina titah Sultan Johor.


Naib Presiden Majlis Penyelaras Gabungan Persatuan NGO Melayu negeri Abdullah Md Yusof berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua individu itu telah menyinggung perasaan ramai pihak , sekaligus menunjukkan mereka tidak menghormati institusi Raja Berperlembagaan.

“Kita nasihatkan mereka berdua untuk segera membuat permohonan maaf berikutan kenyataan yang mereka buat di laman sosial mereka yang mempertikaikan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim, seolah-olah baginda tidak memahami Perlembagaan Persekutuan.

“Kita rakyat di Johor menyokong titah Tuanku untuk tidak melakukan demonstrasi jalanan dan menghina pemimpin kerana kita mahukan keamanan dan permuafakatan antara semua kaum,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini.

Abdullah berkata Johor adalah sebuah negeri yang maju dan mengadakan demonstrasi jalanan bukan contoh yang baik kerana ia hanya memecahbelahkan masyarakat dan mengganggu ketenteraman awam.

Hadir sama, wakil Gabungan Persekutuan Tiong-Hua Johor Bahru dan Gabungan NGO India Johor.

Syed Saddiq dilaporkan mengeluarkan surat terbuka menerusi Facebook yang menyebut menerusi Artikel 10(1)(b) dalam Perlembagaan Persekutuan ada menyatakan hak untuk berdemonstrasi dengan aman adalah hak setiap warganegara Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori