Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PBB Akan Dapat Lima...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata Parti Pesaka Bumiputera...

Paras Air Empangan Kendalian...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyatakan paras air di semua empangannya...

WOW… Afgan Hadiahkan Rossa...

BENARKAH dua penyanyi terkenal kelahiran Indonesia, Datuk Rossa dan Afgan sedang hangat dilamun...

Lelaki Dicekup Khalwat Bersama...

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki warga asing dicekup berkhalwat bersama dua gadis tempatan...

3 Remaja Lelaki Disyaki Mengedar Dadah Ditahan

KUNAK – Tiga remaja lelaki disyaki mengedar dadah ditahan di pekan Kunak, dan polis turut merampas 80.35 gram dadah jenis Syabu daripada mereka, semalam.

Ketua Polis Daerah Kunak Supritendan Mohd Nasaruddin M Nasir berkata tiga remaja, termasuk seorang warga Indonesia berumur antara 16 dan 20, itu ditahan di kawasan kedai papan sementara pada 9.15 malam.

“Polis menahan dua lelaki di dalam sebuah kereta jenis Perodua yang berada dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan ke atas mereka, 22 paket plastik lutsinar berisi hablur disyaki dadah ditemui.

“Pemeriksaan lanjut juga menjumpai wang tunai RM2,943 dalam sebuah beg silang…,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Turut dirampas kereta yang digunakan suspek, dua telefon bimbit dan pasport milik suspek warga Indonesia itu.

Menurutnya, lelaki ketiga ditahan berdekatan kereta berkenaan dan disyaki turut mempunyai kaitan dengan aktiviti dadah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori