Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Datuk Antara 6 Didakwa...

SHAH ALAM - Seorang bekas Pengurus Besar Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd...

Program 3K Dilancarkan Semula

PUTRAJAYA - Anugerah Program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Kesihatan) untuk mendidik pelajar dengan...

Kapal Ketiga Sertai Misi...

CANBERRA - Kapal ketiga akan menyertai misi pencarian pesawat MH370 ketika usia operasi...

‘Abam Peah’ Sedekah Petrol...

APA yang dilakukan mungkin nampak kecil, namun besar maknanya buat golongan yang benar-benar...

Kapal LMS Mantapkan Pertahanan Perairan Negara

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yakin pembelian empat kapal misi pesisir (LMS) dari China dapat memantapkan pertahanan di perairan negara.

Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata aset baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dapat memastikan sistem pengawasan maritim yang lebih efisien.

“Sudah tentu apabila dapat aset baru khususnya kapal LMS, ia boleh meningkatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk tentukan keselamatan di perairan negara.

“Banyak yang perlu (TLDM) jaga antaranya Selat Melaka, Laut China Selatan serta Laut Sulu…dengan adanya kapal LMS, pengawasan maritim akan lebih mantap,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim ATM (STAY ATM) di Kem Sungai Besi, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembelian empat LMS yang diumumkan pada Selasa lepas oleh Perdana Menteri yang sedang dalam lawatan rasmi enam hari ke China.

Turut hadir, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

STAY ATM yang dirasmikan hari ini telah beroperasi secara ad-hoc sejak 2013 dan kini menempatkan 80 pelajar terdiri daripada anak yatim dan anak warga ATM.

Sekolah ini dikendalikan pegawai serta anggota Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).


Sementara itu, Ahmad Kamarulzaman berkata pemilihan kapal LMS itu menepati spesifikasi dan keperluan semasa TLDM.

“Memang ini merupakan perolehan aset pertama bagi kapal dari China, kita (TLDM) telah ambil kira konsep ‘sesuai bagi tujuan’ iaitu kapal yang boleh melaksanakan tugas dengan berkesan tanpa kos tinggi.

“Teknologi kapal ini adalah gabungan antara Eropah dan China, banyak juga negara yang menggunakan kapal dari China,” katanya.

Menurut Ahmad Kamarulzaman, perolehan kapal LMS ini merupakan perancangan TLDM bagi menggantikan aset lama.

Rabu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata empat kapal LMS yang dibeli dari China, akan dibina bersama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori