Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Remaja Ditemui Mati Tergantung...

SEREMBAN – Seorang remaja lelaki ditemui mati tergantung dalam bilik di sebuah rumah...

Khairy Ke Sungai Buloh,...

KUALA LUMPUR : Teka-teki kerusi bakal ditandingi Khairy Jamaluddin terjawab apabila Menteri Kesihatan...

Ganti Silibus Mata Pelajaran...

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sistem pendidikan negara...

Kanak-Kanak Lelaki Lemas Ketika...

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mati lemas selepas mandi...

4,896 Calon Dapat Semua A Format Baharu UPSR

PUTRAJAYA – Seramai 4,896 daripada 452,721 murid mendapat keputusan cemerlang Gred A bagi semua mata pelajaran dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof.

Beliau berkata calon tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan itu di bawah format baharu UPSR sejajar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang turut menekankan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“Kita tidak boleh membandingkan analisis UPSR 2016 daripada tahun lalu kerana ini merupakan kohort pertama yang mengikuti KSSR,” katanya mengumumkan analisis keputusan UPSR 2016 di Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.

Dr. Khair berkata seramai 8,345 calon atau 1.89 peratus memperoleh keputusan maksimum 1B; 35,752 calon atau 8.11 peratus memperoleh minimum 2B; 91,366 calon atau 20.73 peratus (minimum 1C).


“Seramai 152,825 calon atau 34.67 peratus (minimum 1D), 137,262 calon atau 31.14 peratus (minimum 1E) manakala 9,519 calon atau 2.16 peratus mendapat semua E,” katanya.

Gred Purata Nasional (GPN) UPSR 2016 merekodkan 2.96 mata, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori