Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

UMNO Bahagian Batu Tolak...

Mengambil maklum dengan apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, UMNO Bahagian Batu mengambil ketetapan menolak kerjasama dengan Bersatu.

Kenyataan Tommy Thomas Timbulkan...

KUALA LUMPUR - Kenyataan Tan Sri Tommy Thomas bahawa pelantikannya sebagai Peguam Negara...

Kerajaan PH Kata Konon...

ALASAN Pakatan Harapan (PH) untuk mungkiri sebahagian besar janji 100 hari seperti mana...

Malaysia Laksana Proses Mahkamah...

KUALA LUMPUR : Malaysia memutuskan mengambil beberapa tindakan perundangan melalui proses mahkamah di...

5 Ahli Bina Badan Yang Tidak Pernah Menang Mr. Olympia

JIKA kaum wanita mempunyai pertandingan ratu cantik Miss Universe atau Miss World di pentas antarabangsa, kaum lelaki juga mempunyai pertandingan yang khusus untuk membuktikan ‘kejantanan’ mereka bagi merebut gelaran: Mr. Olympia.

Mr. Olympia merupakan sebuah pertandingan untuk ahli bina badan lelaki berentap untuk memperagakan otot-otot hasil kerja keras mereka di gimnasium.

Antara atlet popular bina badan yang pernah memenangi gelaran ini ialah pelakon Teminator, Arnold Schwarzenegger yang telah merangkul pengiktirafan itu sebanyak enam kali berturut-turut antara tahun 1970 hingga 1980.

Namun, ramai juga atlet bina badan terkenal yang masih belum menerima gelaran Mr. Olympia tersebut, seperti yang disenaraikan di bawah:

1. Roelly Winklaar

Roelly Winklaar pertama kali muncul di peringkat kebangsaan di Amerika Syarikat dengan kemenangan keseluruhan beliau pada Kejohanan Amatur Arnold IFBB,2009.

Selepas memperoleh status profesional, Roelly kembali untuk bertanding dalam 2010 IFBB Arnold Classic dan berjaya memperoleh tempat ketujuh dalam penampilan pertama IFBB beliau. Selepas menduduki tempat ketiga di IFBB Australia Pro Grand Prix 2010, Roelly mengejutkan dunia bina badan dengan memenangi IFBB New York Pro pada tahun yang sama.

2. Jean Pierre Lux

Jean-Pierre Lux mengalami kemalangan dahsyat semasa sesi fotografi untuk Flex Magazine apabila percubaannya mengangkat besi seberat 675lbs gagal.

3. Big Ramy


Mamdouh Elssbiay (lahir 16 September 1984), lebih dikenali dengan nama samaran beliau ‘Big Ramy’, merupakan ahli bina badan profesional Mesir. Pada pertandingan Mr Olympia 2015, dia memecahkan rekod sebagai ahli bina badan yang paling berat untuk bersaing dalam kejohanan berprestij itu, dengan berat 316 paun.

4. Paul Dillet

Dillet merupakan atlet bina badan daripada Quebec,Kanada. Meskipun telah bersara pada tahun 2012, Dillet masih lagi bergoat aktif dalam bidang bina badan dengan menjadi pemilik gimnasium.

5. Markus Ruhl

Markus Ruhl (lahir 22 Februari 1972, di Darmstadt, Jerman) ialah ahli bina badan profesional IFBB. Ruhl memulakan latihan pada usia 18 berikut cadangan doktor selepas mengalami kecederaan lutut ketika bermain bola sepak. Pada berat badan 120 paun, Ruhl mula melatih keras enam hari seminggu sehingga memutuskan untuk bersaing di peringkat profesional lima tahun kemudian.

Ruhl menandatangani perjanjian penajaan dengan jenama terkenal Ultimate Diet pada akhir tahun 2008. Beliau juga terkenal kerana merupakan salah seorang atlet yang memiliki bahu terbesar dalam sejarah bina badan.-MYNEWSHUB.CC

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori