Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

9 Suspek Baharu Kes...

PONTIAN — Polis Johor kini memburu sembilan suspek baharu yang telah dikenalpasti terlibat...

Bekas Pegawai LHDN Ambil...

Perbicaraan kes pengubahan wang haram sebanyak RM9.5 juta membabitkan peguam Muhammad Shafee Abdullah...

Cameron Beri Kata Dua...

LONDON - Perdana Menteri United Kingdom (UK), David Cameron semalam memberi amaran kepada...

TMJ Enggan Diiktiraf Bapa...

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengiktiraf Datuk Suleiman...

54 Pelajar Malaysia Di Fukushima Selamat

KUALA LUMPUR – Seramai 54 pelajar Malaysia di Fukushima, Jepun yang dilanda kejadian gempa bumi berada dalam keadaan selamat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo mengesahkan perkara itu.

“Kesemua 54 pelajar Malaysia di Fukushima, Jepun selamat memandangkan kedudukan universiti tempat mereka meneruskan pengajian jauh daripada pantai tempat berlakunya gegaran tersebut.

“Seramai 49 daripada mereka merupakan penuntut di Tohoku University, manakala lima lagi menuntut di Sendai Kosen Technical College,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Idris berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo akan terus memantau keadaan semasa dan mengingatkan semua pelajar terbabit supaya sentiasa berhati-hati.


Katanya, mereka turut diminta peka terhadap arahan keselamatan negara berkenaan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori