Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Spekulasi Darurat: Muhyiddin Menghadap...

PUTRAJAYA - Tatkala desas-desus pelaksanaan darurat akan dilaksanakan kerajaan, Perdana Menteri, Tan Sri...

Polis Tahan Majikan, 31...

MIRI – Seorang majikan serta 31 orang warga asing, termasuk seorang kanak-kanak perempuan...

UTM Hasilkan Produk Cegah,...

JOHOR BAHRU - Hasil penyelidikan empat tahun, tujuh penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM)...

Pemandu Muslim Tawar Teksi...

LONDON – Simpati dengan nasib menimpa mangsa tragedi letupan di Arena Manchester kelmarin,...

6 Perompak Samun 3 Mangsa Dalam Setengah Jam

REMBAU – Dalam masa setengah jam, enam suspek termasuk seorang wanita melakukan jenayah samun bersenjata ke atas tiga mangsa di sekitar kawasan perumahan di Pedas di sini melibatkan kerugian lebih RM40,000, kata polis.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Ibrahim Sharif berkata suspek yang menaiki tiga buah motosikal dikatakan berlegar mencari mangsanya yang terdiri daripada suri rumah yang sedang leka melakukan rutin harian seperti menyidai pakaian dan menyiram pokok Bunga.

“Kejadian pertama berlaku di Taman Pedas Perdana kira-kira pukul 9 pagi, suspek kemudiannya menuju ke Pinggiran Pedas dan melakukan jenayah samun di situ kira-kira pukul 9.20 pagi.

Mereka seterusnya menuju ke Rumah Rakyat Pedas kira-kira pukul 9.30 pagi dan samun di kawasan ini pula. Suspek akan mengambil rantai dan barangan kemas serta barang berharga yang lain pada mangsanya.

“Seorang daripada mangsa merupakan seorang wanita yang membawa beg berisi wang tunai hasil perniagaan untuk dimasukkan ke dalam bank telah disamun ketika mahu memasuki kereta di hadapan rumahnya.


“Suspek mengacukan parang bagi tujuan menakutkan mangsanya tetapi tidak mencederakan mangsa,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ibrahim berkata polis kini sedang giat memburu keenam-enam suspek terbabit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori