Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Stesen TV Ingkar, Tetap...

Mesir – Sebuah stesen televisyen swasta telah melanggar arahan kerajaan dengan menyiarkan rancangan...

1,100 Penduduk K.Terengganu Tuntut...

KUALA TERENGGANU - Kira-kira 1,100 penduduk tiga taman perumahan di Jalan Terkukur, dekat...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini berikutan kekurangan...

Beri Keadilan Kepada Bakal...

SHAH ALAM - Peraturan baharu menetapkan pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) tidak daftar...

7 Jam Padam Kebakaran Kilang Sarung Tangan Getah

TAIPING – Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk memadam kebakaran di sebuah kilang sarung tangan getah di Kamunting di sini, semalam.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, kebakaran pada bahagian stor barang seramik dan kotak sarung tangan di kilang itu berlaku kira-kira 7.30 malam, semalam.

Katanya kebakaran yang memusnahkan 50 peratus bahagian stor itu turut mengakibatkan tumpahan cecair kimia jenis ammonia sebanyak 300 liter.

Bagaimanapun Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh yang membuat pengesanan dan pemeriksaan mengesahkan kawasan itu selamat.

“Lapan jentera dengan kekuatan 86 anggota bomba terlibat dalam operasi mengawal dan memadam kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata operasi melibatkan anggota dari balai Kamunting, Taiping, Bagan Serai dan turut dibantu beberapa Pasukan Bomba Sukarela antaranya dari Parit Buntar, Baru Kurau, Nibong Tebal dan Juru selain Polis Diraja Malaysia dan Tenaga Nasional Bhd.

Operasi tamat sepenuhnya 2.40 pagi tadi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori