Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Trafik Perlahan Di Beberapa...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan setakat 1...

Video: Wanita Pertaruh Nyawa...

SEORANG wanita penunggang motosikal mendapat perhatian netizen selepas bertindak berani demi menyelamatkan seekor...

Lembaga Tabung Haji Sedia...

BALING - Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa bersedia dengan sebarang proses naik taraf...

AADK Perlis Tahan Lapan...

KANGAR - Lapan lelaki ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis, setelah didapati...

82 Rangka Motosikal Curi Dijumpai Di Ketereh

KOTA BHARU – Polis menjumpai 82 rangka motosikal dan tiga buah motosikal yang masih lengkap dipercayai dicuri di Kampung Jal, Ketereh di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr. Ab Rahman Ismail berkata daripada jumlah itu, 68 rangka dijumpai dibuang ke dalam tali air manakala 14 rangka motosikal dijumpai di sebuah rumah dan di dalam semak.

Tiga buah motosikal yang dalam keadaan lengkap dan belum dileraikan komponennya ditemui di sekitar kampung berkenaan, katanya kepada pemberita selepas melawat Balai Polis Ketereh di sini, hari ini.

Ab Rahman berkata kesemua motosikal dan rangka motosikal itu dijumpai dalam operasi yang dijalankan sejak awal bulan lepas hingga 18 November lalu.

Katanya 13 suspek termasuk ketua kumpulan itu, berumur antara 14 dan 50 tahun, berjaya ditahan berhubung penemuan motosikal berkenaan.

Polis percaya dengan penemuan rangka motosikal terbabit dan tertangkapnya suspek, ia dapat menyelesaikan beberapa kes kecurian motosikal di Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur, katanya.


Ab Rahman berkata siasatan ke atas anggota kumpulan mencuri motosikal itu dikenali ‘Reme Chong’ mendapati mereka menggunakan media sosial untuk menjual komponen motosikal yang direlaikan itu.

Katanya ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Remi Che Ariffin, 22, mempunyai dua kes kesalahan lampau sudah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dia mengaku bersalah serta dijatuhi hukuman penjara enam bulan.

Polis masih mengesan saki baki anggota kumpulan berkenaan yang dipercayai beroperasi sejak dua bulan lalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori