Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Calon Muda BN Pahang...

KUANTAN – Menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum...

Kejam! Kanak-Kanak Diikat Tangan...

KEJAM sungguh pihak pengurusan taska ini apabila sanggup mengikat tangan, kaki dan mulut...

Aaron Aziz Tampil Aksi...

KUALA LUMPUR - Selepas penampilan sulung Datuk Rosyam Nor dalam produksi filem Tamil antarabangsa, Kabali, seorang lagi aktor Malaysia...

Latheefa Patut Letak Jawatan,...

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mendesak Latheefa Koya meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya...

936 Buruh Warga Asing Ditahan Dalam Ops Ikrar Bersepadu

SEREMBAN – Seramai 936 buruh binaan warga asing ditahan dalam Ops Ikrar Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan yang dijalankan di tapak pembinaan di Jimah, Port Dickson dekat sini, semalam.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Hapdzan Husaini berkata kesemua mereka berusia 20 hingga 50 tahun itu ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk memalsukan dokumen perjalanan dan tinggal melebihi had masa ditetapkan.

Katanya operasi bersepadu yang diketuai Ketua Unit Tindakan Imigresen Seremban Azil Ashazly Abdul Aziz itu melibatkan 275 pegawai dan anggota beberapa cawangan JIM dari negeri lain dan agensi penguatkuasaan kerajaan seperti polis, Jabatan Pendaftaran Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia cawangan Negeri Sembilan.

“Dalam operasi yang bermula pada 8 pagi hingga 5 petang semalam, seramai 1,081 individu diperiksa dan daripada jumlah itu 936 adalah pendatang asing lelaki iaitu 767 warga Bangladesh, Pakistan 80, India 50, Indonesia 22, Sri Lanka 13, Myanmar tiga manakala Nepal satu.

“Mereka ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Negara ini tanpa memiliki pas yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal melebihi tempoh masa yang dibenarkan.


“Selain itu mereka juga ditahan kerana kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 iaitu membuat pindaan / memalsukan sesuatu endorsement / pas dan Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas/menyalahi peraturan pas yang dikeluarkan terhadapnya,” katanya dalam
kenyataan di sini, hari ini.

Hapdzan berkata kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 untuk tindakan lanjut dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori