Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Waris Komposer Pak Ngah...

KUALA LUMPUR - Balu kepada komposer Datuk Suhaimi Mohd Zain, 60 atau Pak...

Myanmar Henti Hantar Pekerja...

BAGAN SERAI - Malaysia tidak akan terjejas sekiranya kerajaan Myanmar menyekat rakyatnya datang...

Saya Tidak Kenal Altantuya...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan...

Jalur Lebar 2 Kali...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu, Gobind Singh Deo berkata...

98,482 Orang Berjaya Dapat Lesen B2 Melalui Program SKSJ

KOTA BHARU – Seramai 98,482 orang berjaya mendapat lesen motosikal kelas B2 di seluruh negara melalui program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) sejak ia diperkenalkan pada 2009.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata program berkenaan dilaksanakan untuk memberi kemudahan dan sebagai galakan kepada masyarakat luar bandar memiliki lesen menunggang motosikal.

“Melalui program itu, warga tempatan berusia 45 tahun ke atas di Semenanjung dan 40 tahun ke atas bagi Sabah dan Sarawak serta 21 tahun ke atas bagi Orang Asli diberi peluang dan dibantu JPJ mendapatkan lesen kelas B2,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Program SKSJ di Sekolah Kebangsaan Che Latiff, di sini, hari ini.

Menurut Nadzri, di Kelantan sejak 2009 hingga kini, seramai 8,537 orang termasuk warga emas dan Orang Asli, berjaya memperoleh lesen kelas B2 tersebut.

Melalui program berkenaan, calon perlu mengikuti kursus pemanduan, latihan menunggang motosikal dan menduduki ujian yang dikendalikan anggota JPJ.


Ditanya kegiatan van komersial dari negara jiran yang mengangkut penumpang masuk ke negeri ini, Nadzri berkata JPJ Kelantan sudah melakukan pemeriksaan terhadap 479 kenderaan terbabit tahun ini dan 40 daripadanya sudah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan berkenaan ialah berada di kawasan melebihi dua kilometer dari sempadan yang dibenarkan dan beroperasi tanpat permit.

“Modus operandi pemandu van tersebut ialah mereka mendakwa penumpang yang menaiki kenderaan berkenaan adalah sanak saudara mereka namun apabila pemeriksaan dilakukan, ia adalah sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata JPJ akan terus menjalankan pemantauan lebih ketat dengan kerjasama agensi penguat kuasa sempadan seperti polis, Agensi Kawalan Sempadan, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori