Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Najib, Rosmah Menghadap Maharaja,...

TOKYO - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri...

Bayi Perempuan Baru Lahir...

TELUK INTAN - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan dalam keadaan...

Rombongan Ke Kazakhstan Ditanggung...

TERPAMPANG di media-media arus perdana mahupun lidah pembangkang tentang perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri...

Tiada Lagi Peraturan Pergerakan...

PERATURAN 10 kilometer (km) radius perjalanan tidak dilaksanakan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat...

Agong Kurnia 250 Pingat Darjah Kepahlawanan ATM

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin hari ini mendahului senarai 250 penerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ahmad Kamarulzaman dianugerah Darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT).

Tuanku Abdul Halim turut berkenan menganugerahkan Darjah PGAT Kehormat kepada Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brig Jen Pengiran Datuk Seri Pahlawan Aminan Pengiran Mahmud.

Pada majlis itu, Menteri Belia dan Sukan Brig Jen Khairy Jamaluddin turut dianugerahkan Darjah Pahlawan Angkatan Tentera (PAT).

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat penganugerahan itu di Istana Negara, Jalan Duta di sini.


Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noordan dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jen Tan Sri Roslan Saad.

Seramai 20 penerima dianugerahkan Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera, Darjah PAT (23 penerima), Kesatria Angkatan Tentera (94 penerima) dan Bentara Angkatan Tentera (111 penerima). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori