Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Keputusan PPSR, UPSR Diumum...

KUALA LUMPUR - Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah...

Bapa 2 Anak Mengaku...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa dua anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Pindaan Perlembagaan UMNO Diluluskan

KUALA LUMPUR : UMNO hari ini meluluskan usul pindaan perlembagaan parti yang membabitkan...

Politikkan Kerabat Diraja, Asyraf...

KUALA LUMPUR – Adakah dengan meminta kerajaan bersikap telus tentang isu membabitkan kedaulatan...

Bantu Tangkis Dakwaan Burukkan Kerajaan

KUALA LUMPUR – Ahli UMNO dan parti komponen lain Barisan Nasional (BN) perlu bersama-sama menangkis sebarang dakwaan yang cuba memburuk-burukkan kerajaan serta para pemimpin negara.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata tanggungjawab mempertahankan kebenaran perlu dilaksanakan bersama-sama untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

“Walaupun BN ini bukan kerajaan yang maksum, bukan ‘perfect government’, tetapi kita jauh lebih baik daripada kerajaan yang lain dan kita sentiasa mensejahterakan rakyat,” katanya ketika merasmikan penutupan majlis Pemukiman Penceramah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di sini malam tadi.

Beliau menjelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin terbaik memimpin negara.

Justeru, Annuar menyifatkan dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Najib berlaku disebabkan beliau seorang Perdana Menteri dan Presiden UMNO, dan pihak yang melaksanakan agenda itu berkemungkinan mahu mengambil kedudukan beliau.

Dalam pada itu Annuar berkata penceramah-penceramah KKMM perlu membuat persediaan terperinci dan memahami segala isu yang ingin dikongsi bersama peserta.


“Berceramahlah dalam bidang yang kita tahu sahaja. Subjek dan bahasa yang kita fasih sahaja supaya peserta faham apa yang kita ketengahkan.

“Ini kerana ceramah atau pidato ini bergantung pada keberkesanan penyampaian kita dan jangan bergantung kepada nota yang kita bawa,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori