Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

LGBT Perlu Hormati Hak...

PUTRAJAYA - Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) diingatkan untuk menghormati sensitiviti...

Wow Aiman Tino Dapat...

WALAUPUN dirinya baharu setahun jagung berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, nyata tuah...

Tersadai 20 Jam, Pengantin...

SEPASANG bakal pengantin baharu di China yang dalam perjalanan ke majlis perkahwinan mereka...

Datuk Didakwa Ahli Geng...

KAJANG - Dua puluh sembilan lelaki termasuk seorang bergelar datuk didakwa di Mahkamah...

Air Pasang Besar: 2 Pusat Pemindahan Di Klang Ditutup

KLANG – Dua pusat pemindahan mangsa banjir ditutup pada 5 petang hari ini ini berikutan situasi fenomena air pasang besar yang semakin pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang Mohd Zainal Mohd Nor berkata, sebanyak 123 mangsa daripada 44 keluarga yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Kapar dan 117 mangsa daripada 24 keluarga di Dewan Serbaguna, Jalan Palembang, Kampung Rantau Panjang, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Beliau berkata, penutupan kedua-dua pusat pemindahan yang dibuka sejak Ahad lalu itu dibuat berikutan paras air pasang sudah mula surut petang ini ke paras 5.2 meter berbanding 5.6 meter pada pagi tadi.

“Walaupun pusat pemindahan ditutup mulai petang ini, semua agensi berkaitan tetap dalam keadaan berjaga-jaga dan pusat ini akan dibuka kembali sekiranya diperlukan.

“Bomba dan polis akan berada di kawasan-kawasan yang terjejas pada pukul 6 pagi esok sebagai persediaan sekiranya keadaan memerlukan penduduk dipindahkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu hari ini.

Mohd Zainal berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri memaklumkan air pasang dijangka berlaku pada 7 pagi esok pada paras 5.4 meter dan Jumaat pada paras 5.1 meter tetapi dijangka tidak akan melepasi ban.


“Keadaan ban masih kukuh dan kerja membaiki ban yang terjejas telah dilakukan oleh JPS,” katanya.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan bencana negeri berkata jumlah mangsa yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Sungai Air Tawar, Sabak Bernam kekal 71 orang dari 15 keluarga setakat 6 petang tadi.

Menurutnya, satu pusat pemindahan turut dibuka di Balai Raya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Banting, Kuala Langat petang tadi yang menempatkan tujuh orang daripada satu keluarga.

Ini menjadikan keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Selangor akibat fenomena air pasang besar ialah sebanyak 78 orang daripada 16 keluarga. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori