Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Taki Takazawa, Lelaki Asal...

TOKYO - Dilihat namanya sahaja, sudah dapat diketahui bahawa Taki Takazawa adalah seorang...

596 Mangsa Banjir Berada...

KUALA SELANGOR - Sebanyak 596 mangsa banjir masih ditempatkan di enam pusat penempatan...

Tangani Segera Isu Air...

KANGAR - Kerajaan negeri digesa agar menyelesaikan segera masalah dihadapi lebih 500 penduduk...

Polis Buka Kertas Siasatan...

SHAH ALAM - Polis Selangor membuka kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan...

Air Pasang Besar: Tiada Pemindahan Di Perlis

KUALA PERLIS – Air pasang besar sehingga 3.5 meter yang melanda kawasan pesisir pantai dari Bukit Batu Putih di sini sehingga Kuala Sanglang awal pagi tadi tidak melibatkan pemindahan.

Air pasang bermula kira-kira 1 pagi, hanya melimpahkan air laut ke kawasan rendah seperti Kampung Tandiap, jeti LKIM dan pasar serta persimpangan Kuala Perlis serta tidak menjejaskan operasi harian orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis, Mat Hassan berkata kejadian terbaru itu tidak memberi impak besar walaupun ia disertai hujan ribut.

“Persediaan awal para penduduk yang telah mengalamai situasi kali pertama lebih sebulan lepas banyak membantu mereka kali ini,” kata Mat kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau mengingatkan lebih 4,000 keluarga yang tinggal di sepanjang 20 kilometer pesisir pantai tersebut supaya mengambil perhatian serius arahan pihak berkuasa kerana fenomena kali ini dijangka berakhir pada 17 Nov ini.


“Fenomena air pasang besar mungkin membawa bersama banyak udang dan ketam.

Nelayan, khususnya nelayan kecil yang hendak menangkap hasil laut hendaklah sentiasa beringat dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya,” tambah beliau.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis memberitahu air mulai surut 3 pagi tadi dan keadaan kembali normal kira-kira 7 pagi ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori