Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jadikan Perpustakaan Sebagai Gedung...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, bertitah...

Pau Pak Ngah Ampang...

UNIK... Muhammad Afiq Roslan yang membesar dengan perniagaan kuih pau keluarganya, membawa kelainan...

TMJ Zahirkan Rasa Sedih...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan adiknya yang...

Nahas Duke: Papa Cu...

MEMEGANG amanah terakhir arwah abangnya, Faizznur Asyraf Husain, 25, berjanji akan menjaga dan...

Aktivis Orang Asli Sekat Aktiviti Pembalakan Ditahan

SUSULAN pembinaan sekatan di laluan balak di Hutan Simpan Balah, Gua Musang sejak September lalu, sekurang-kurangnya 16 Orang Asli ditahan pihak berkuasa ketika operasi merobohkan sekatan tersebut, hari ini.

Media tempatan melaporkan, semua individu yang ditahan bagi membantu siasatan dan diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang kira-kira jam 11 pagi tadi.

Operasi tersebut disertai 210 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi termasuk Jabatan Perhutanan Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Aktivis Orang Asli Sekat Aktivti Pembalakan Ditahan

Semua mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan kerana melakukan beberapa kesalahan termasuk menceroboh hutan simpan dan tinggal di hutan simpan tanpa kebenaran.

Berita Harian melaporkan, Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Mohd Radhi Chu Abdullah berkata, operasi tersebut diadakan selepas notis meruntuhkan sekatan telah berakhir.


Menurutnya, terdapat tiga sekatan dibuat Orang Asli sejak bantahan yang dilakukan mereka dan Jabatan Perhutanan Negeri mengeluarkan notis supaya sekatan tersebut dibuka dalam tempoh 14 hari iaitu bermula 6 hingga 20 November ini sebelum dilanjutkan seminggu.

Mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaaan 1993). – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori