Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Haiwan Juga Boleh Terdedah...

ALOR SETAR - Cuaca panas melampau yang berlaku ekoran fenomena El Nino kebelakangan...

‘Terus Mencintai’ Pengalaman Duka...

KUALA LUMPUR - Selepas sekian lama selesa menjadi penyanyi, Siti Nordiana kini mencuba...

Tiada Kompromi Bagi Pegawai,...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

Sultan Nazrin Titah Segera...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar kerajaan segera...

Aktiviti Pelancongan Sukan Perlu Diperhebatkan

JELEBU – Aktiviti pelancongan sukan perlu diperhebatkan di seluruh negara kerana ia bukan sahaja mampu menarik kedatangan pelancong domestik dan luar negara tetapi menggalakkan aktiviti bersukan dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata aktiviti pelancongan sukan mampu menggambarkan budaya dan adat masyarakat di sesebuah daerah dan sekali gus menjadi daya penarik dengan nilai pelancongan tinggi.

“Macam program hari ini yang mana garisan permulaan perlumbaan sukan berbasikal dilancarkan di kawasan kelilingnya mempunyai struktur bangunan Minangkabau, persekitaran hijau, berhampiran pula dengan muzium, ini semua mampu menjadi daya penarik.

“Ini sebahagian daripada cara untuk memperkenalkan Jelebu kepada masyarakat luar khususnya dalam mengembalikan nostalgia.

Harap lebih banyak penganjuran seperti ini bukan sahaja di Jelebu tetapi di negeri lain selain ke arah negara bersukan, kita juga dapat galakkan masyarakat dalam agenda pelancongan negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis acara pelepasan peserta NS Nature MTB Jamboree 2016 di sini, hari ini.


Mas Ermieyati berkata sesuatu produk pelancongan perlu dipelbagaikan dari semasa ke semasa agar ia sentiasa ‘segar’.

“Untuk memperkenalkan produk baharu sebenarnya memang ada cabaran tetapi ia merupakan kemestian dalam usaha menambah tarikan pelancong domestik atau luar negara. Kita tidak mahu pelancong datang pada 2014 dan dua tiga tahun kemudiannya dia datang lagi benda sama, pakej juga kena pelbagai,” katanya.

Lebih 1,000 peserta dari seluruh negara menyertai NS Nature MTB Jamboree melibatkan jarak perlumbaan sejauh 35 km yang mempertandingkan enam kategori. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori