Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lembah Kinta Dimasyhur Geopark...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan memasyhurkan Geopark Lembah...

Sapu 5 Filem, Amani...

KEMUNCULAN semula pelakon serba boleh Sharifah Amani membuatkan dia mendapat semangaat baharu apabila...

Jeans Koyak Nampak Lutut,...

SERING kali kita mendengar mengenai isu selebriti berhijab dan pendedahan aurat. Dua perkara...

Myvi Lawan Arus, Lima...

JOHOR BAHRU: Tindakan sebuah Perodua Myvi yang memandu melawan arus di Kilometer 2.6...

Anak Ditahan Kerana Tumbuk Bapa Kandung Di Miri

MIRI – Polis menahan seorang penganggur yang menumbuk bapa kandungnya sendiri kerana enggan memberikan wang yang dimintanya.

Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata, suspek berusia 30 tahun dari Pujut Adong Miri itu menumbuk kepala sebelah kanan mangsa berusia 61 tahun sehingga terjatuh pada tengah malam 20 Nov di Piasau Industries.

Khoo berkata, sebelum kejadian suspek menemui mangsa pada 9 malam untuk tujuan sama namun mangsa enggan memberi wang.

“Suspek selalu minta wang dan kerana tidak tahan dengan sikapnya, mangsa membuat laporan polis,” katanya hari ini sambil menambah suspek kini ditahan reman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 jika disabitkan kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori