Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ekspedisi Fjällräven: Rizal Peroleh...

PENGGEMAR aktiviti ekstrem, Mohd. Khairizal bakal mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama yang...

Denda RM6,580 Jika Pemilik...

MADRID — Para pemilik anjing peliharaan di ibu kota Sepanyol, Madrid kini harus...

ESSCOM Baiki 10 Rumah...

SANDAKAN - Sepuluh rumah di Kampung Sim Sim, dalam kawasan Parlimen Sandakan di...

3,516 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 3,516 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.Ikuti Mynewshub: TelegramKes aktif...

Anak Ugut & Cedera Bapa Kandung Dipenjara 10 Bulan

KUALA LUMPUR – Gara-gara mengugut, menumbuk dan mencekik leher bapa kandung, seorang penganggur dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu terhadap Firdaus Jasmi, 26, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan ketakutan kepada Jasmi Mat Saleh, 58, dengan menunjukkan sebilah parang untuk menakutkan bapanya yang merupakan seorang pesara.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Blok 205-2-17, Flat Sentul Utama, di sini, pada 10.05 malam, 14 Sept lepas, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa menegur tertuduh kerana telah mengambil sepaket daging burger di sebuah kedai di bawah rumah mereka tanpa membuat sebarang pembayaran.

Tertuduh yang tidak puas hati telah mengamuk dan mencacakkan sebilah parang ke pintu bilik bapanya lalu bertindak menumbuk serta mencekik leher mangsa.

Mangsa yang terkejut dengan tindakan anaknya itu terus berlari keluar dari rumah dan membuat laporan polis.


Tertuduh juga dihukum penjara empat bulan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja kepada bapanya, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap Firdaus yang mengaku bersalah dengan sengaja melakukan khianat dengan merosakkan sebuah televisyen milik bapanya mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani ketiga-tiga hukuman itu secara serentak dari tarikh dia ditangkap pada 15 Sept lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori