Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Asrama Terbakar Dihuni 85...

REMBAU – Maahad Al Baidha’ Li Takwin Al Ulama‘ menjelaskan asrama pelajar lelaki...

Usahawan Kosmetik, Rakan Direman...

BANDAR BARU BANGI - "Tak baik tau," itu reaksi seorang usahawan kosmetik kontroversi...

Sultan Abdullah Ikrar Utamakan...

PEKAN - Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam...

Pekin Ibrahim Terkejut Disangka...

TIADA angin, tiada ribut, di laman sosial Twitter sejak semalam kecoh khabar angin...

Ancaman Serangan, Donald Trump Diheret Keluar

DUA agen perisikan rahsia terpaksa mengheret keluar calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dari dewan ketika ahli perniagaan itu sedang memberikan ucapannya dalam sebuah acara di Reno, Nevada, Amerika Syarikat, hari ini.

Ini semua gara-gara jeritan ‘gun’ yang dipercayai disebut salah seorang penonton yang hadir sehingga menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut dan memaksa Trump dibawa keluar dari dewan.

Penonton yang terpinga-pinga bertempiaran lari demi menyelamatkan diri bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Namun, hasil pemeriksaan polis, lelaki tersebut tidak memiliki sebarang senjata api dengannya dan telah dilepaskan oleh pihak berkuasa.

Memetik USAToday, Trump kembali menyambung agenda ucapannya selepas keadaan kembali ‘pulih’ sedia kala malah dia sempat memberikan penghargaan buat agen perisikan yang bertanggungjawab menjaga keselamatannya.


“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai perisikan rahsia. Mereka selalu tak dapat penghargaan yang sewajarnya, mereka sangat bagus,” katanya.

Trump, calon Republikan bersaing dengan calon parti Demokratik, Hilary Clinton bagi merebut jawatan presiden AS. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori