Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

SST: Harga Barangan Masih...

KUALA LUMPUR – Hari pertama pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hari...

Neymar Perkenal But Baharu...

BARCELONA - Penyerang sensasi Barcelona Neymar bekerjasama dengan Michael Jordan untuk menjadi pemain...

Faye Sah Selamat Bernikah...

TEKA-TEKI kad undangan kononnya majlis ulang tahun kelahiran anak saudara, akhirnya terjawab apabila...

DAP Takut Dedah Sumber...

ISU politik tanah air terus sensasi berikutan tindakan pembangkang cuba berlagak wira dengan...

Ancaman Siber: Tingkat Kawalan 10 Sektor Kritikal

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meningkatkan kawalan keselamatan siber ke atas Prasarana Maklumat Kritikal Negara (CNII), yang meliputi 10 sektor kritikal, kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Kementerian itu menjelaskan langkah berkenaan dijalankan melalui kerjasama dan koordinasi dilaksanakan di peringkat tertinggi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengoperasikan Dasar Keselamatan Siber Negara.

“Inisiatif ini memberi penumpuan terhadap peningkatan daya tahan prasarana yang berkaitan serta memperkasakan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan dalam menghadapi dan menangkis ancaman serta serangan siber.

“Ini adalah bagi memastikan negara sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang ancaman serangan siber, termasuklah dalam mengekang ancaman penggodaman, botnet, web-defacement, kecurian maklumat serta pengintipan,” kata KKMM melalui jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen hari ini.

Sepuluh sektor kritikal itu, antara lain, ialah kerajaan; kesihatan; perbankan dan kewangan; informasi dan komunikasi; air; tenaga; serta pertahanan dan keselamatan.


Dari aspek pembangunan kapasiti pula, KKMM berkata, inisiatif yang dijalankan memberi penekanan terhadap pembangunan kepakaran, serta mempertingkat pembudayaan keselamatan dalam kalangan kakitangan serta masyarakat awam.

Kementerian berkata Pusat Keselamatan Rangkaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menjalankan latih amal siber (cyber drill) secara berkala di peringkat sektor komunikasi.

“Ini adalah bagi memastikan kesiapsiagaan dan kecekapan sektor yang terlibat dalam menangani serangan siber, sebagai usaha untuk menyediakan perkhidmatan internet yang selamat kepada pengguna,” kata kementerian itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori