Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jaga Nikmat Iman Dan...

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam agar...

Thaipusam Disambut Meriah Oleh...

KUALA LUMPUR - Sambutan Thaipusam yang diadakan bersempena memperingati kelahiran Dewa Murugan hari...

KPDNKK Cari Kaedah Terbaik...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang dalam peringkat...

SPR Ambil Tindakan Sewajarnya...

KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil tindakan sewajarnya setelah mendapat pemakluman...

Anggota J/kuasa Pemilih RUU Perlu Telus Cari Persetujuan

DENGKIL – Anggota Jawatankuasa Pemilih Rang Undang-Undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 perlu mencari titik persetujuan berhubung pindaan akta itu, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ia penting bagi mengelak salah faham dan polemik politik.

Katanya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan penubuhan jawatankuasa yang dianggotai anggota Parlimen Islam dan bukan Islam akan memberikan penjelasan terperinci RUU.

“Keberkesanan jawatankuasa ini banyak bergantung kepada ketelusan di kalangan pemimpin-pemimpin untuk mencari titik persetujuan dan ia bergantung kepada penjelasan yang perlu dibuat.

“Bagi pihak-pihak yang mempunyai soalan, secara telus dan ikhlas ia boleh dibentangkan kepada pucuk pimpinan.

“Barisan Nasional (BN) adalah wadah terbaik untuk memastikan politik hari ini tidak menjurus kepada pepecahan di kalangan rakyat khususnya dalam isu berkaitan agama yang agak sensitif,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Sebelum itu, beliau diminta mengulas pendirian beberapa parti komponen BN yang membantah pembentangan RUU 355 di Dewan Rakyat.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan menghadiri Eksesais Aman Youyi, latihan ketenteraan bersama antara Angkata Tentera Malaysia dan Chinese People’s Liberation Army (PLA) di Paya Indah Wetland di sini hari ini.

Sebelum itu, Ahmad Zahid mencadangkan supaya satu Jawatankuasa Pemilih dibentuk melibatkan anggota Parlimen beragama Islam dan bukan Islam bagi memperinci, memperhalusi dan memurnikan sebarang unsur yang tidak jelas mengenai pemisahan kuasa pada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Presiden Pas dan juga anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membentangkan usul RUU 355 di Dewan Rakyat, tengah hari tadi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori