KUALA LUMPUR – Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North, Palawan, dan Layang-layang bermula Isnin sehingga Rabu ini.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya hari ini berkata keadaan angin kencang dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. – BERNAMA