Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tiket Tayangan Bola Sepak...

JOHOR BAHRU - Bagaikan pisang goreng panas, tiket wayang untuk menonton siaran langsung...

Bangladesh Tutup Akses Internet

DHAKA – Pihak berkuasa Bangladesh menutup akses internet untuk telefon bimbit dan peralatan...

3 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiga kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari...

Netizen Nak Bront Jadi...

SUSULAN kecemerlangan membawa watak pengulas sukan dalam filem box office Ola Bola, netizen...

Apabila Vegetarian Makan Daging Selepas 22 Tahun…

STEPHANIE Potakis, 32, merupakan seorang vegetarian dan tidak pernah makan hasil tenusu dan daging sejak 22 tahun lalu. Dia memilih untuk menjadi vegetarian sejak berusia 10 tahun kerana mahu melindungi alam dan `menyelamatkan dunia’.

Namun bau daging panggang yang sedap, yang dihidunya dalam satu festival telah mencetuskan dilema dan `kekacauan’ dalam jiwanya.

Akhirnya, Potakis tidak dapat menahan diri lalu dia menuju ke restoran Swift & Sons di Chicago untuk merasa sampel hidangan daging yang berkualiti di situ.

Dia mencuba ayam, tulang sum sum dan daging wagyu.

“Kini saya faham apa yang dimaksudakan dengan `juicy’. Rasanya hanya datang dari dalam (daging). Ia tidak berlaku dengan sayur-sayuran, tidak pernah,’’ katanya ketika kali pertama menggigit ayam.

Apabila Vegetarian Makan Daging Selepas 22 Tahun...

Potakis turut makan tulang sum sum dimana dia memang berharap untuk mencubanya selepas beberapa kali menyaksikannya dalam rancangan memasak.


“Rasanya saya akan makan tulang sum sum seumur hidup saya. Ini adalah hidangan baru kegemaran saya,’’ katanya.

Ketika mencuba daging wagyu pula, Potakis memejamkan matanya dan menyifatkan daging berkenaan sebagai amat bagus.

“Ini adalah tahap yang berbeza dalam makanan yang saya tidak tahu wujud di luar sana. Saya begitu teruja untuk menjadi sebahagian daripadanya,’’ kata Potakis.

Sebelum keluar, Potakis memeluk tukang masak dan dalam perjalanan keluar, dia berikrar untuk makan daging hingga ke akhir hayatnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori