Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

China Dakwa AS Tiada...

ISTANBUL: China semalam mendakwa Washington tidak memberikan sebarang bukti bahawa aplikasi perkongsian video...

Isu Lesen Judi Bukan...

Langkah kerajaan negeri Kedah untuk tidak lagi meluluskan lesen perjudian kepada mana-mana premis...

Nad Zainal Mahu Fokus...

PELAKON Nad Zainal menjelaskan bahawa dia akan behenti sementara dari bidang seni bermula...

QZ8501 : Presiden Jokowi...

Presiden Indonesia Joko Widodo dilaporkan sudah pun berlepas ke Pangkalan Bun iaitu lokasi...

Terengganu Banjir, Rakyat Tak Perlu Cemas

KUALA TERENGGANU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu meminta orang ramai khususnya rakyat negeri ini tidak cemas berikutan penyebaran gambar air yang melimpahi jalan di beberapa lokasi di negeri ini dalam media sosial berikutan hujan lebat sejak pukul 4 pagi tadi.

Pengarah APM negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, keadaan air yang melimpahi di atas jalan raya sebenarnya berlaku berikutan masalah perparitan di kawasan terbabit.

“Saya difahamkan, kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sudah mengarahkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meninjau sistem perparitan di kawasan yang mengalami masalah.

“APM juga akan turut membuat rondaan di kawasan dilaporkan berlaku limpahan air terutama di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang bagi memastikan bantuan dapat diberi segera sekiranya keadaan bertambah buruk,” katanya.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu berasa bimbang dan cemas tetapi dinasihatkan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengikut arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori