Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

MAB Tawar Diskaun Sehingga...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Bhd (MAB) menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi...

TMJ Kekal Ketuai FMLLP,...

BERALIH ANGIN.... Meskipun Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah meletak jawatan sebagai Presiden Bola...

10,016 Positif COVID-19 Di...

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan 1,016 jangkitan baharu COVID-19, menjadikan jumlah...

Relau Lumpuh Penduduk Positif...

KULIM - Pekan kecil Relau di Bandar Baharu di sini lumpuh selepas lebih...

APMM K.Kinabalu Tahan Bot Guna Bom Ikan

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot disyaki menangkap dan memiliki ikan menggunakan bahan letupan di kawasan perairan daerah ini, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata bot itu ditahan pada 1.05 pagi oleh bot APMM yang melakukan Op Sejahtera di kawasan pantai Kota Kinabalu.

“Ketika operasi itu, anggota peronda APMM telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan. Apabila dihampiri, bot berkenaan cuba melarikan diri, namun berjaya dipintas.

“Hasil pemeriksaan di bot berkenaan mendapati terdapat 300 kilogram ikan pelbagai jenis yang dipercayai diperoleh menggunakan bahan letupan serta satu tong minyak diesel,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata bagaimanapun, awak-awak bot itu berjaya melarikan diri.

Adam berkata sampel ikan berkenaan akan dihantar ke makmal untuk ujian selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu melakukan kesalahan menangkap dan memiliki ikan dengan menggunakan bahan letupan serta racun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori