Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Zahid Saksi Sesi Kelayakan...

SEPANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu...

KFA Dapat Peruntukan RM30...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memperoleh peruntukan RM30 juta bagi...

Semua Zon Merah COVID-19...

KUALA LUMPUR - Semua kawasan zon merah sudah dilaksanakan proses sanitasi nyah cemar...

Peminat Kritik Sakinah Pakai...

KONTROVERSI dan Sharifah Sakinah ibarat air dicincang takkan putus. Kalau namanya timbul sahaja,...

APMM Kukuh Kawalan Melalui Pemilikan Aset Baharu

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan memperkukuh kawalan perairan negara dengan pemilikan sembilan kapal ronda berteknologi tinggi bernilai lebih RM1 bilion.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berkata tiga kapal ronda yang dilengkapi peralatan canggih sedang dalam proses pembinaan bernilai RM376 juta, dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Selebihnya kapal ronda luar pesisir pantai (OPV) sepanjang 84 meter sebuah dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM740 juta yang dijangka siap pembinaannya dalam tempoh yang sama,” katanya kepada pemberita selepas Program Pelupusan Abu Al-Quran dan Pembinaan Taman Tukun Keputeraan di Perairan Tok Bali di sini, semalam.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan melupuskan 10 tan abu al-Quran yang rosak di Taman Tukun Keputeraan di Laut China Selatan, kira-kira 14 batu nautika dari Pantai Tok Bali di sini.

Ahmad Puzi berkata pemilikan kapal-kapal baharu itu membuktikan kerajaan memberi keutamaan terhadap aspek keamanan dan ketenteraman terutama keselamatan golongan nelayan yang mencari rezeki di laut setiap hari.


“Selain kawalan kawasan perairan, aset-aset berkenaan juga bertujuan bagi operasi mencari dan menyelamat di laut,” katanya.

Mengenai pembinaan tukun, Ahmad Puzi berkata sehingga kini terdapat 200 tukun dibina hasil pelupusan bot-bot nelayan asing yang dilucutkan hak di sepanjang perairan pantai timur Semenanjung dalam usaha menambahkan pendapatan nelayan.

Katanya tukun berkenaan akan menjadi habitat hidupan laut membiak, sekali gus menambahkan sumber ikan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori