Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Anak Kak Ton Yang...

MANA mungkin orang boleh lupa tagline seorang usahawan wanita bagi mempromosikan produk kecantikannya...

MH17: Pesawat MH19 Bawa...

SEPANG - Pesawat komersial MH19 yang membawa sembilan jenazah, termasuk dua juruterbang pesawat...

Muhyiddin, Mukhriz Dipecat Selepas...

GERIK - Keputusan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun...

Bekas PM Kazakhstan Dituduh...

ASTANA - Bekas Perdana Menteri Kazakhstan, Serik Akhmetov didakwa di mahkamah atas tuduhan...

Bajet 2017 Pulau Pinang Diluluskan

GEORGE TOWN – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 yang memperuntukkan RM1.45 bilion untuk Bajet 2017 Pulau Pinang.

Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika menggulung perbahasan bajet itu berkata kerajaan negeri akan mendapat pulangan bayaran pokok dan keuntungan pinjaman berjumlah RM639 juta kepada Perbadanan Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), mulai 2018 selama tempoh lapan tahun.

Beliau berkata kemudahan pinjaman kepada kedua-dua badan berkanun negeri itu tidak akan menimbulkan risiko kewangan kerana pulangan bayaran pokok dan keuntungan pinjaman itu akan diperoleh secara berperingkat selama lapan tahun.

Menurut Bajet Pulau Pinang 2017, daripada sejumlah RM707.61 juta yang diperuntukkan untuk Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, RM609 juta diperuntukkan sebagai pinjaman kepada PDC dan RM30 juta kepada PBAPP.

Lim berkata kemudahan pinjaman kepada badan-badan berkanun negeri itu adalah bagi memastikan kesinambungan projek-projek persekutuan di Pulau Pinang seperti Projek (Fasa 2) Penggantian Aset dan Menaik Taraf Loji Rawatan dan Takungan Air oleh PBAPP, dan projek pengambilan tanah serta pembangunan infrastruktur di Seberang Perai oleh PDC.


Sementara itu, berhubung isu bajet tidak dibelanjakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) berbaki 42 peratus, Lim berkata terdapat kesilapan teknikal di dalam laporan Perjanjian Program yang diedarkan semasa pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2017.

Beliau berkata jumlah sebenar perbelanjaan yang tidak dibelanjakan hanya berbaki 12.79 peratus berikutan peruntukan emolumen yang tidak dibelanjakan kerana jawatan kosong pada 2015 tidak diisi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori