Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bank-Bank Sedia Lanjutkan Bantuan...

KUALA LUMPUR - Pihak industri perbankan bersedia membantu kalangan peminjam atau pelanggan mereka...

Penyokong Frankfurt Mengamuk Di...

NAPLES, ITALI ā€“ Rusuhan ganas tercetus di Naples, Itali, semalam, apabila penyokong pasukan...

Jamal Disaman Fitnah Berhubung...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin hari ini memfailkan saman terhadap...

Trump Menang Umat Islam...

KUALA LUMPUR - "Adakah terpilihnya Donald Trump (sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), maka...

Bangkai Tikus Dalam Baju Jenama Zara

JIJIK… Seorang wanita di Amerika Syarikat terkejut apabila menemui bangkai tikus dalam baju yang baharu dibelinya di butik terkenal, Zara di Greenwich, Connecticut.

CNN melaporkan, Cailey Fiesel, 24, yang tinggal di Manhattan, New York mendapatkan baju jenama tersebut pada Julai lalu dan meletakkan di dalam almari selama beberapa minggu sebelum memakainya.

Menurutnya, pada 16 Ogos lalu, dia memakai baju tersebut ke pejabat dan terhidu bau busuk tetapi tidak menyangka ia datang daripada pakaian yang baru dibelinya.

“Ketika memeriksa baju itu, dia menyedari ada benang yang tertanggal di sepanjang jahitan tepi baju sebelum menyedari ia sebenarnya kaki tikus terjulur keluar dengan baki bangkai itu terperangkap di dalam jahitan ,” menurut dokumen mahkamah.

Fiesel yang diwakili syarikat guaman Morelli berkata, dia mengalami tekanan emosi akibat kejadian itu dan mengalami penyakit ruam akibat pembawaan tikus.

Susulan itu, Fiesel menuntut jumlah wang yang adil dan mahu syarikat fesyen ternama itu membayar pampasan sebagai ganti rugi.


“Zara di Amerika Syarikat menyedari dakwaan tersebut dan siasatan sedang dijalankan,” kata syarikat butik itu.

Jelasnya, butik tersebut mempunyai kawalan kawalan kualitiĀ ketat serta standard keselamatan di seluruh dunia dalam penghasilan produk mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori