Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Gadis Malang, ‘Anu’ Kena...

KEJAM! Tidak mampu untuk berkata apa-apa apabila melihat keadaan memilukan yang menimpa nasib...

KDN Bertindak Jika Penulisan...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sekiranya terdapat penulisan yang didapati...

Bantulah Ibu Dan Bayi...

BANJIR besar yang melanda beberapa negeri di Malaysia ternyata mengundang 1001 cerita dan pengalaman...

Malu Apa Atok Mudah...

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengemukakan tiga janji kepada rakyat Johor sempena Pilihan...

Banjir Kilat, Pokok Tumbang Di Beberapa Lokasi Di Kuala Muda

SUNGAI PETANI – Hujan lebat yang berlarutan lebih dua jam berserta angin kencang, yang melanda beberapa daerah petang semalam, turut mengakibatkan banjir kilat dan kejadian pokok tumbang di beberapa lokasi di daerah Kuala Muda.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda, Lt Muda Pertahanan Awam, Azahar Ahmad berkata pihaknya menerima satu laporan banjir kilat di Kampung Sungai Bongkok, Gurun kira-kira 7.44 malam, semalam.

“Setiba di lokasi, terdapat sebuah rumah didiami warga emas orang kurang upaya (OKU), Mariam Yusof, 69, Roshidah Othman 50, dan Mohd Nurul Iman Idris, 18, yang masih terjejas banjir kilat manakala air sudah mulai surut di rumah penduduk yang lain.

“Tiada pusat pemindahan dibuka berikutan air kembali surut,” katanya kepada Bernama.

Tambahnya, APM turut menerima panggilan berhubung kejadian pokok tumbang melibatkan beberapa lokasi.


“Kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di Kawasan Perindustrian Bakar Arang, di kawasan Kedai Lemang Taman Seri Pinang, Jalan Tikam Batu dan di Jalan UiTM Merbok, Kampung Batu 5, Simpang Bujang.

“Kesemua pokok tumbang yang menghalang laluan sudah dialihkan dan dibersihkan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori