Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Artis Malaysia Dah...

SEJAK kebelakangan ini, topik memegang anjing menjadi perdebatan utama di Malaysia.Semuanya gara-gara penganjuran...

Anis Al Idris Anggap...

TIADA angin, tiada ribut, Sharnaaz Ahmad yang tidak pernah mengakui sedang bercinta bersama...

Finas Lulus Permohonan Ahmad...

KUALA LUMPUR - Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menerima...

Thailand Tahan Lelaki Disyaki...

BANGKOK - Seorang bekas jurutera di syarikat milik negara, yang membuat pengakuan kepada...

Bayar Deposit Kereta Idaman Guna 100,000 Syiling

SEORANG lelaki dari Zhengzhou, China mendapat perhatian susulan tindakannya menggunakan 100,000 syiling untuk membayar deposit kereta baharu idamannya.

Lelaki yang dikenali sebagai Guo itu merupakan seorang pemilik kedai tepung telah membawa beberapa guni berisi duit syiling bersama dengan satu karton wang kertas untuk membeli kereta Toyota Prado.

Difahamkan harga sebuah kereta berkenaan di China berharga 497,550 yuan (kira-kira RM321,679).

Menurut sebuah laman berita tempatan negara itu, tindakan Guo telah mengejutkan empat kakitangan premis jualan kereta berkenaan.

Malah mereka terpaksa menghabiskan masa selama 12 jam untuk mengira keseluruhan wang tersebut.

Bayar Deposit Kereta Idaman Guna 100,000 Syiling

Bayar Deposit Kereta Idaman Guna 100,000 Syiling

Tambah laman itu lagi, Guo dibantu oleh ahli keluarganya untuk membawa duit syiling tersebut ke premis jualan yang terletak di bandar berkenaan.


Kisah Guo tersebar menerusi laman sesawang tempatan Coral.QQ.com turut menerima pelbagai komen dan reaksi yang diluahan oleh netizen.

Seorang netizen berkata, “Sesetengah jurujual enggan menerima duit syiling.”

Manakala seorang lagi berkata, “Mengapa mereka tidak menggunakan mesin mengira duit syiling,” soalnya.

“Lelaki itu bayar selebihnya menggunakan kad! Kenapa dia tidak membuat bayaran penuh dengan kad?” soal netizen lain penuh kehairanan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori