Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Operasi LRT Dari Putra...

KUALA LUMPUR - Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) hari ini boleh menggunakan perkhidmatan...

Pecah Rumah: Polis Tumpas...

SERDANG - Polis menumpaskan kumpulan 'Ah Hau' dianggotai enam individu yang dipercayai aktif...

Hudud Sukar Jika Pencuri...

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mempersoalkan bagaimana Kerajaan...

Harimau Malaysia Dapat Jersi...

SKUAD kebangsaan, Harimau Malaysia menerusi jenama Nike, hari ini telah memperkenalkan dua jersi...

Bayaran Balik Khas GST Dibuat Dengan Teratur – JAN

KUALA LUMPUR – Pembayaran balik khas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dibuat dengan teratur, mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah sub-seksyen 190(1), Akta GST, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut terdapat beberapa kelemahan dalam tempoh pengauditan antara Oktober 2015 dan Januari 2016 seperti pengurusan pembayaran balik khas yang kurang cekap dan proses menyemak dan meluluskan jumlah tuntutan yang kurang teliti.

Dalam tempoh sama, laporan itu juga menyebut berlaku kesilapan pengiraan amaun yang diluluskan melibatkan sejumlah RM570,000 untuk 13 kes (3.7 peratus) daripada 346 sampel yang diaudit.

“Sehingga 31 Mei 2016, sebanyak 1,863 (73.3 peratus) permohonan telah siap diproses manakala 677 (26.7 peratus) permohonan dengan tuntutan berjumlah RM555.86 juta masih belum siap diproses,” menurut laporan itu.


Bagi menambah baik pengurusan GST, laporan tersebut mengesyorkan Jabatan Kastam mempertimbangkan untuk menyemak semula semua fail pembayaran balik khas oleh Cawangan Jaminan Kualiti Audit, Bahagian Ibu Pejabatnya bagi memastikan tiada kesilapan pembayaran kepada penuntut.

Jabatan Kastam turut disarankan meningkatkan pemantauan terhadap proses tuntutan kredit cukai input bersekali dengan pembayaran balik khas, sekiranya ada, sebelum tuntutan diluluskan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori