Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bayi Lelaki Ditemui Dengan...

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki ditemukan dengan kesan kecederaan dipercayai akibat gigitan...

Mahathir Tolak Cabaran Debat...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak cabaran Ahli...

Bekas PM India, Vajpayee...

NEW DELHI - Bekas perdana menteri India, Atal Bihari Vajpayee meninggal dunia pada...

KPDNHEP Selangor Serbu Restoran...

KUALA LUMPUR - Satu pasukan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna...

Bayi Perempuan Kepala Besar Perlukan Bantuan

TELUK INTAN – Seorang bayi perempuan berusia kurang sebulan menderita penyakit ‘hydrocephalus’ iaitu lebihan cecair dalam kepala yang menyebabkan kepalanya kian membesar sehingga 56 sentimeter ketika ini.

Malah, bayi malang yang kini berusia 27 hari itu turut disahkan menghidap penyakit Spina Bifida yang disebabkan oleh masalah tumbesaran tulang belakang dan saraf tunjang ketika dilahirkan pada 5 Oktober lalu.

Menurut ibunya Siti Norjamilah Ewan, 25, perubahan saiz kepala Nor Insyirah Sadli dikesan ketika kandungannya berusia tujuh bulan dan bayi itu dilahirkan melalui pembedahan dengan saiz kepala 54cm, lebih besar daripada saiz kepala bayi normal.

Bayi Perempuan Kepala Besar Perlukan Bantuan

“Saiz kepala anak saya membesar sedikit demi sedikit. Sebagai ibu, sudah tentu saya sedih melihat keadaan anak saya namun apakan daya, ini semua ujian Allah SWT dan kami sekeluarga perlu tabah menghadapinya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Lampam Kiri semalam.

Berita mengenai bayi kepala besar itu tersebar di laman media sosial dan turut mendapat perhatian beberapa badan bukan kerajaan (NGO), wakil rakyat setempat dan orang awam yang bersimpati dengan masalah bayi malang itu.

Siti Norjamilah berkata pihak hospital tidak mencadangkan anak bongsu daripada empat beradik itu menjalani pembedahan kerana berisiko tinggi dan peratusan untuk anaknya sembuh agak tipis.


Bayi Perempuan Kepala Besar Perlukan Bantuan

Menurutnya lagi, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, masalah kesempitan wang sering dialami kerana suaminya Sadli Jalani, 45, kini sudah tidak dapat bekerja lagi akibat penyakit radang mata sejak tiga tahun lalu.

Katanya, mata sebelah kanan suaminya kini sudah tidak berfungsi manakala penglihatan sebelah kirinya pula kian kabur dan itu yang membataskan pergerakannya untuk bekerja.

“Kini kami terpaksa bergantung bantuan kewangan daripada Baitulmal dan duit itulah digunakan untuk membayar bil elektrik dan air serta menanggung tiga lagi anak kami berusia antara dua hingga tujuh tahun,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori