Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Muka Dihitamkan, Kepala Dibotak...

LAHORE - Seorang wanita berusia 23 tahun diarak di jalan raya dengan wajahnya...

Isteri Sebak Terima Ijazah...

TANJUNG MALIM - Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-18 sepatutnya menjadi...

Bajet 2017 Lulus, Rancang...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap kementerian memastikan perancangan...

Bentang Semula Bajet 2023...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 yang dijadual...

Bayi Perempuan Maut Dipercayai Tersedak Bubur

BUKIT MERTAJAM – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia selepas dipercayai tersedak bubur yang disuap pengasuhnya semasa dalam jagaan wanita itu di Taman Pelangi, Juru di sini.

Siti Nurainsyah Norzaman dibawa ke Hospital Seberang Jaya pada 11 pagi semalam oleh pengasuh berusia 48 tahun itu, selepas bayi berkenaan didapati tersedak dan sesak nafas.

Menurut sumber, pengasuh terbabit menyuapkan bubur selepas Siti Nurainsyah bangun daripada tidur sebelum meletakkannya di dalam buaian kerana dia mahu ke tandas.

“Bayi itu berjaya diselamatkan melalui bantuan pernafasan kecemasan sebelum dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi Neonatal Hospital Pulau Pinang. Bagaimanapun keadaannya semakin lemah.

“Doktor yang merawatnya melakukan imbasan CT sebelum mendapati terdapat pendarahan dalam kepala dan mangsa dilaporkan meninggal dunia kira-kira 12.10 tengah malam, semalam,” katanya di sini malam ini.

Sumber itu berkata hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian bayi berkenaan disebabkan terhentak objek tumpul seperti lantai atau permukaan rata.


Difahamkan, ibu kepada bayi berkenaan yang berusia 33 tahun menghantar bayi perempuannya itu kepada pengasuh terbabit sejak berusia dua bulan bersama anak lelakinya yang berusia lapan tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sama ada kematian bayi itu mempunyai unsur jenayah atau sebaliknya, masih dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori