Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pondan Tak Serik, Operasi...

KUALA TERENGGANU – Tampil dengan berpakaian seksi dan mendedahkan sebahagian besar tubuh ‘wanita’,...

Annuar Musa Resah Prestasi...

KOTA BHARU - Penaja utama skuad The Red Warriors (TRW), Tan Sri Annuar...

23 Sekolah Di 6...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 23 sekolah di enam daerah...

Hormati Jalur Gemilang, Lambang...

PASIR PUTEH - Jalur Gemilang perlu dihormati dan dikibarkan kerana ia merupakan simbol...

Bekalan Minyak Masak Bersubsidi Di Perlis Mencukupi

ARAU – Bekalan minyak masak di negeri ini sama ada dalam paket satu kilogram (kg) atau botol lima kg dijamin mencukupi, kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis.

Jamal Nor Ahmad Harun berkata malah kuota bekalan minyak masak paket satu kg untuk kegunaan negeri ini adalah sebanyak 280 tan metrik sebulan berbanding kira-kira 127 tan metrik kadar kegunaan penduduk seluruh Perlis.

“Berdasarkan kuota tersebut, bekalan minyak masak bersubsidi di Perlis adalah lebih dari cukup. Dua kilang pemprosesan minyak masak di negeri ini juga tidak mempunyai masalah mengeluarkan minyak masak paket satu kg,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengetuai pemeriksaan bekalan minyak masak dalam Operasi Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) di pasar raya C-Mart di sini, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan di pasar raya itu hari ini mendapati bekalan minyak masak botol amat banyak manakala minyak masak paket satu kg dikawal dan diletakkan di bahagian kaunter bayaran dengan menghadkan pembelian kepada dua paket bagi setiap pelanggan.

“Kita tidak menggalakkan pemilik pasaraya untuk mengehadkan pembelian namun inisiatif itu adalah sesuai buat masa ini terutama bagi mengawal pembelian panik atau secara berlebihan,” katanya.

Terdahulu, beliau dan lapan anggota KPDNKK serta lima pegawai Unit Kesihatan Persekitaran Hospital Tuanku Fauziah mengadakan pemeriksaan di sebuah kilang pemprosesan bungkusan minyak masak di Jejawi Dalam di sini.


Menurutnya hanya dua kilang yang diberi kebenaran untuk membungkus semula minyak masak paket satu kg yang beroperasi di Jejawi Dalam dan Pauh.

Jamal Nor berkata pemprosesan di kilang berkenaan mematuhi peraturan dari segi pembungkusan dan saiz selain mempunyai sijil kebenaran daripada pihak kastam dan sijil halal yang sah.

Dalam perkembangan lain, Jamal Nor berkata sehingga kini KPDNKK Perlis belum menerima maklumat penggunaan minyak yang dikitar semula.

“Kami yakin minyak kitar semula ini tidak mendapat sambutan di pasaran daripada pengguna kerana ia melibatkan kualiti dan kandungan zat yang tidak bermanfaat di dalamnya,” katanya.

Selain itu, sepanjang 1 hingga 9 November pihak KPDNKK telah merampas kira-kira 3.5 tan minyak masak paket satu kg dan botol lima kg sepanjang Operasi COSS dijalankan iaitu satu kes melibatkan pasar raya di Seriab dan satu kes melibatkan sebuah pasaraya di Felda Chuping, Padang Besar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori