Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Sengsara Disengat Lebih 100...

KOTA BHARU - "Saya hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum melarikan diri," kata...

Kisah Doa Fizo Omar...

SERONOK rasanya melihat gambar artis-artis tempatan kita ke tanah suci yang dikongsi di...

Semangat UMNO Masih Menebal...

JOHOR BAHARU - Ketua Umno Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini...

Saya Masih Lagi Bergelar...

WALAUPUN terdapat desas-desus yang mengatakan Lynn sudah bercerai, namun dakwaan itu telah disangkal...

Bekas Pesilat Pahang Maut Kemalangan Di Rompin

KUANTAN – Bekas pesilat Pahang, Ahmad Shahriduan Zailudin maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan sehingga terbabas ke dalam gaung di Kilometer 116 Jalan Kuantan-Johor Bahru, Rompin dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata pada kejadian 4.20 petang itu, Ahmad Shahriduan, 29, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kemalangan itu turut menyebabkan isterinya Sharifah Khyaillahasma Syed Ahmad, 31, cedera ringan.

“Kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta Perodua Myvi itu dipandu dengan laju dalam keadaan hujan lebat menyebabkan gagal dikawal apabila melalui selekoh.

“Kereta itu kemudiannya terjatuh ke dalam gaung dan terbalik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini, dan menambah mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin bagi tujuan bedah siasat.


Ahmad Shahriduan pernah mewakili Pahang dalam acara pencak silat Sukan Malaysia dan merupakan bekas pesilat Majlis Sukan Kolej Komuniti (Maskom) sekitar tahun 2011 dan 2012.

Beliau yang beralamat di Felda Chini Timur 1, Pekan dekat sini, bekerja sebagai polis bantuan di pelabuhan Kuantan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori