Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

“Jujur Saya Masih Belum...

MEMANDANGKAN usianya sudah mencecah 34 tahun, pelakon jelita Nur Fazura pastinya tidak dapat...

Kelar Anak: JKM Pahang...

KUANTAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang kini memberi bantuan kaunseling kepada anggota...

Ringgit Dibuka Rendah Hari...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pada hari ketiga berturut-turut...

Mukhriz Diminta Tidak Sertai...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta beredar meninggalkan...

Bella Dally Nafi Gosip Dirinya Hamil Anak Sulung

TINDAKAN pelakon, Nazim Othman memuat naik video berkaitan kehamilan secara rawak di laman sosial baru-baru ini membuatkan ramai netizen beranggapan isterinya, Bella Dally  sedang hamil.

Dek kerana itu, pasangan ini dihujani dengan ucapan tahniah daripada para peminat.

Walau bagaimanapun, Bella telah tampil menafikan berita dirinya sedang berbadan dua.

Bella Dally Nafi Gosip Dirinya Hamil Anak Sulung

“Saya belum lagi hamil. Namun begitu, doakan semoga ia menjadi kenyataan, Insya-Allah,” katanya kepada BH Online.

Menurut Bella, buat masa ini mereka jarang dapat meluangkan masa bersama kerana suaminya sedang menjayakan drama Lara Aishah.

“Selalunya, dia keluar bekerja pada awal pagi dan pulang pula lewat malam. Jadi memang sejak kebelakangan ini, kalau hendak meluangkan masa berkualiti bersama-sama seperti keluar berjalan mahupun makan berdua, ia agak terbatas. Kalau dia diberikan cuti beberapa hari, saya pula secara kebetulan ada kerja yang perlu dilunaskan.


“Bagaimanapun, penggambaran Lara Aishah akan tamat tidak lama lagi. Jadi, mungkin kami mempunyai sedikit ruang untuk bersama.

“Dek kesibukan masing-masing jugalah sampai sekarang kami belum sempat berbulan madu. Tetapi insya-Allah, esok saya dan suami akan terbang ke Singapura. Ia boleh dianggap sebagai bulan madu mini kami berdua,” katanya.

Pasangan ini diijab kabulkan pada 10 September lalu.

Sumber: BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori