Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anggota Polis Cedera Kemalangan...

KEMAMAN - Tiga anggota polis cedera ringan selepas kereta peronda yang dinaiki mereka...

Macau Scam: Penyelia Kilang...

KUANTAN - Seorang penyelia sebuah kilang di Pekan mengalami kerugian RM30,000 selepas diperdaya...

Tiada Jaminan Malaysia Kekal...

KUALA LUMPUR - Walaupun risikonya rendah, pasaran bon Malaysia tidak boleh menolak kemungkinan...

Jambatan Sementara Hubung Kampung...

RANAU - Jambatan sementara akan dibina bagi menghubungkan Kampung Mesilou dengan Kundasang selepas...

Pihak Asing Biayai Aktiviti Politik Tidak Boleh Diterima

BANDAR SERI BEGAWAN – Membenarkan organisasi asing membiayai aktiviti “politik” pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima langsung, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ini sama seperti memberikan kebebasan kepada negara-negara asing untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka di Malaysia yang merupakan sebuah negara berdaulat.

Membenarkan perbuatan seumpama itu malah adalah lebih jahat dan bahaya apabila ia melibatkan dana daripada hartawan George Soros yang agendanya adalah untuk campur tangan dalam hal ehwal politik negara, katanya.

“Kita tidak mahu organisasi asing mempergunakan NGO tempatan sebagai platform untuk menjayakan agenda politik mereka, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi menerusi perhimpunan atau demonstrasi,” katanya.


Salleh berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui pada akhir Mesyuarat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat ASEAN (TELMIN) ke-16 di sini, hari ini.

Beliau berkata dengan penyertaan atau penglibatan beberapa pemimpin pembangkang dalam perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur baru-baru ini, adalah jelas bahawa gerakan itu yang kononnya mahu memperjuangkan pembaharuan pilihan raya, mempunyai agenda politik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori