Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Turun Satu Kilo Dapat...

MAHU kuruskan badan bukan senang tapi kalau habuannya lumayan siapa tak nak kan..Itulah...

‘Tak Salah Bercinta Dengan...

PENYANYI Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan panggilan Nana berkata bukanlah menjadi kesalahan...

Pemindahan Organ Khinzir Ke...

KHINZIR sememangnya seekor haiwan yang mempunyai reputasi buruk oleh kerana sifatnya yang gemar...

FGV Nafi Dakwaan Basmi...

KUALA LUMPUR - Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menafikan dakwaan pembasmian hutan...

Berang Tak Dapat Buah, Wanita Tendang Kemaluan BF

SEORANG wanita bertindak menendang kemaluan teman lelakinya berulang kali di hadapan sebuah gerai buah-buahan di China.

Menurut sebuah laman antarabangsa, difahamkan lelaki malang itu ditendang sebanyak 10 kali di bahagian alat sulitnya meskipun ketika itu telah terbaring di atas lantai.

Jelas laman itu, pergaduhan itu tercetus apabila wanita yang memakai baju berwarna merah jambu itu ‘merajuk’ dengan teman lelakinya yang enggan membeli buah untuknya kerana dirasakan harga buah tersebut terlalu mahal.

Berang Tak Dapat Buah, Wanita Tendang Kemaluan BF

Berang Tak Dapat Buah, Wanita Tendang Kemaluan BF

Video berdurasi satu minit itu telah tersebar di laman sosial negara itu termasuklah portal QQ.com dan telah ditonton sebanyak 16 juta kali.

Tidak dapat dipastikan di mana kejadian itu dirakam namun menurut seorang pengguna laman sesawang negara itu, kejadian dipercayai berlaku di bandar Nanchang.

Malah tindakan brutal wanita itu terhadap teman lelakinya telah menarik perhatian pengguna laman Weibo yang telah memuat naik pelbagai komen setelah tersebarnya video tersebut.


Salah seorang netizen laman sosial berkata, “Saya bersyukur kerana masih single.”

Manakala seorang lagi menzahirkan turut sama merasa kesakitan dialami lelaki itu saat menonton video berkenaan.

“Saya boleh merasakan kesakitannya dengan hanya menonton video ini,” tulisnya.

Dan seorang lagi berkata, “Wanita itu hanya minta buah-buahan sahaja bukannya tas tangan mahal,” luahnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori