Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tune Hotel Buka Hotel...

KUALA LUMPUR - Tune Hotels telah membuka hotelnya yang keenam di United Kingdom...

Najib Ajak Rakyat Sampaikan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak orang ramai...

Rafizi Serah Bukti Rasuah...

PUTRAJAYA - Sekalipun Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa kegiatan rasuah minta wang...

Banteras Pelajar Babit Judi...

HULU TERENGGANU - Semua pihak terutama ibu bapa dan pendidik harus memainkan peranan...

Bersih 5.0 Gagal! Apa Langkah Seterusnya!

BERSIH 5.0 nyata gagal! Paling tidak bagi membuktikan kerajaan hari ini ditentang secara meluas oleh rakyat. Perarakan Bersih pada 19 November dengan kehadiran tidak sampai 20 ribu peserta membuktikan, gerakan jalanan bukan cara rakyat Malaysia menyatakan protes.

Bersih 5.0 memiliki segala macam alasan untuk mengheret rakyat memenuhi jalanraya kerana ia berlaku ketika banyak perkara popular tidak memihak kepada kerajaan.

Selain meniupkan isu klaptokrasi dengan sentimen siasatan DoJ Amerika Syarikat, sekutu adhoc Bersih 2.0 yang menggerakkan demonstrasi jalanan turut menggunakan sentimen beban kos sara hidup, kenaikan harga minyak, kejatuhan nilai ringgit serta persekitaran ekonomi global yang kini sedang menekan kerajaan untuk menanganinya.

Selain unsur yang dikitar semula sejak Bersih dimulakan pada 2008 mengenai tuntutan pilihanraya adil, Bersih 5.0 pada19 November lalu mendapat bonus tambahan dengan kehadiran Blok Tun Mahathir yang kini terang-terangan melancarkan serangan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kata lain, Bersih memiliki segala jenis senjata untuk menghasut rakyat agar bangkit menggulingkan kerajaan. Menjatuhkan kerajaan adalah agenda tersembunyi walaupun Bersih bermula dengan berselindung di sebalik perhimpunan aman demi tuntutan Pilihanraya Adil.

Bersih 5.0 gagal memberikan tenaga baharu pada rakyat. Setelah berjaya mencapai puncak rali besar-besaran pada Bersih 3.0 pada tahun 2013, rakyat mula melihat: Tiada perubahan berlaku. Bersih mula menjadi gerakan membuang masa dan tiada daya perubahan.

Sejak itu, rakyat sedar: Demokrasi tulen tidak boleh ditentang dengan gerakan jalanan. Rakyat semakin pintar. Mereka mula merenung realiti sebenar, setelah menilai satu demi satu perhimpunan anjuran Bersih.

Pembabitan pembangkang yang ketara menunggang rali Bersih serta menenggelamkan agenda NGO gagasan Ambiga dan Maria Chin. Malah, rali warna kuning adalah agenda Open Society Institute (OSI) milik George Soros. Orang Melayu terutamanya, sedar OSI pelobi yang mahu mewujudkan masyarakat tanpa agama dan nilai bangsa dalam teras Perlembagaan Negara Bangsa.

Orang Melayu mula menyedari, apa yang berlaku pada Arab Spring yang melumpuhkan Mesir serta menjebak Libya dan Syria dalam krisis perang saudara tanpa penghujung. Orang Islam sedar, mahalnya harga agama untuk dicagar pada gerakan jalanan.

India seperti Ambiga dan Cina seperti Maria Chin mungkin boleh mengabui orang Melayu pada 2008, tetapi seperti kata Jose Rizal: Anda boleh menipu sekali tetapi tidak seratus kali!


Cina seperti Maria Chin akan mendokong agenda negara sekular kerana faktor mahukan sebuah Perlembagaan tanpa Islam sebagai Agama Persekutuan. India seperti Ambiga pasti mahu, menggugurkan Hak Istimewa Melayu dalam Perlembagaan. Isu perkauman yang disembunyikan dalam Bersih selama ini, akhirnya terhidu juga.

Merit modenisasi yang dilaungkan hanyalah slogan. Orang Melayu sudah belajar: Campur tangan OSI yang mendokong Bersih selama inilah yang memusnahkan Syria dan Libya. Malah, menjadikan Mesir, Algeria dan Tunisia hidup tanpa arah setelah rakyat dikerah memberontak secara ganas di jalan raya.

Cintakan Islam dan kasihnya nilai Melayu membuatkan Bersih 5.0 gagal memikat Melayu Islam. Bersih dipenuhi muka-muka Cina yang memang mahukan Islam dan Melayu dilupuskan dari Perlembagaan.

Orang seperti Ambiga dan Maria Chin akan terus berusaha. OSI dan George Soros akan terus menyelinap dalam politik negara. Malah, pastinya berkompromi dengan pembangkang yang memerlukan sokongan setelah gagal menakluk Putrajaya melalui pilihanraya.

Yang nyata, musuh akan sentiasa bernyawa. Malah, tidak akan berhenti berusaha memusnahkan Islam dan Melayu. Bersih tidak sahaja mengajar Cina dan kuasa asing untuk terus menghasut dan menumbangkan Islam dan Melayu, tetapi ia mengajar orang Islam dan Melayu itu sendiri untuk lebih kenal wajah-wajah musuhnya.

Ingat! Surah Al Kafirun. Kalam Allah adalah petunjuk. Allahuakbar! Sesungguhnya hidup kita dan mati kita untuk Allah Yang Maha Esa.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori