Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sabah Tak Hadapi Masalah...

KOTA KINABALU - Sabah tidak menghadapi sebarang masalah kekurangan bekalan minyak masak serta...

Bahasa Melayu Digunakan Pada...

PETALING JAYA – Kebanjiran pelancong Nusantara ke Korea Selatan membuatkan kerajaan sana mula...

Banjir: 27,260 Anggota Bomba...

KUALA LUMPUR - Seramai 27,260 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan...

Tak Lawak Pun! Janna...

NAMA pelakon yang semakin meningkat naik, Janna Nick terpalit kontroversi apabila dia dikatakan...

Bertengkar Sebelum Ditolak Ke Landasan Keretapi

SEORANG wanita berusia 49 tahun maut selepas ditolak di hadapan keretapi bawah tanah yang sedang bergerak di stesen Times Square, New York City, sebentar tadi.

Mangsa dipercayai ditolak seorang wanita selepas dilihat bertengkar sebelum kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 petang, waktu tempatan.

New York Times melaporkan, Timbalan Ketua Polis Manhattan, William Aubry berkata, susulan kejadian itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Melanie Liverpool-Turner; 30, ditahan untuk membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan polis mendapati suspek mempunyai masalah gangguan emosi dan pernah mendakwa akan menolak seorang wanita di landasan keretapi namun tidak didedahkan oleh mangsa.

Polis sedang menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti motif kejadian tersebut.

Dalam serangan petang itu, mangsa dipercayai ditolak oleh suspek di laluan nombor satu keretapi yang sedang dalam perjalanan ke arah selatan.


Bagaimanapun, polis masih mengenal pasti hubungan di antara suspek dan mangsa.

Anggota polis dan kakitangan keretapi membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah keretapi.

Kejadian tersebut menyebabkan perkhidmatan keretapi tertangguh sementara dan menyebabkan rutin harian orang ramai tergendala. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori