Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kes Cerai Punca Kebakaran...

PETALING JAYA - Setelah segala macam spekulasi mengenai kebakaran mengejut enam buah kereta...

Kastam Sasar Bayaran Balik...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyasarkan usaha bayaran balik kredit cukai...

Kisah Sebenar Pemandu Ambulans...

KES seorang pemandu ambulans yang didakwa memperkosa seorang jururawat di Mersing, Johor kini...

Pembangkang Jangan Terlampau Menghasut...

ISKANDAR PUTERI - Pembangkang diingatkan tidak menjadi talam dua muka dalam menyatakan sesuatu...

Bezza Menang Anugerah Asean NCAP Grand Prix

KUALA LUMPUR – Perodua Bezza menerima anugerah Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) Terbaik dan Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) Terbaik, kedua-duanya bagi kategori kereta keluarga kecil pada Anugerah ASEAN NCAP Grand Prix hari ini.

“Kedua-dua anugerah ini merupakan pengiktirafan ke atas usaha kami yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan keselesaan pelanggan dalam produk kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) Datuk Dr Aminar Rashid Salleh dalam satu kenyataan.

Pada 16 Julai, 2016, Perodua Bezza juga diberikan penilaian 5 bintang daripada ASEAN NCAP, menjadikannya kereta sedan nasional mesra alam 5 bintang pertama di Malaysia.

Perodua Bezza merupakan model Perodua yang ke-11 dan kereta sedan cekap tenaga pertama dengan teknologi baharu dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti kawalan kestabilan kenderaan, kawalan daya tarikan dan bantuan brek. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori