Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Felda Sasar 5,000 Anak...

GUA MUSANG - Felda menyasarkan kira-kira 5,000 anak peneroka di seluruh negara menyertai...

Zhangjiajie Jadi Destinasi Popular...

KECANTIKAN alam semula jadi Zhangjiajie, bandar yang terletak di bahagian utara Hunan, China...

Ladang Ganja Seluas 6...

BANDA ACEHƃā€šĆ‚Ā - Pihak polis Aceh berjaya menemui ladang ganja seluas enam hektar di...

Malaysia Terus Mara Tewaskan...

IPOH - Malaysia meneruskan kemaraan dalam menentukan kedudukan carta apabila menang tipis 1-0...

Biadap! Netizen Doa Pembaca Berita TV3 Masuk Neraka

NETIZEN hari ini sudah berada di tahap hilang pertimbangan diri danĀ melampaui batas apabila lantang mencaci dan mengeji sesama manusia.

Lebih biadap, ada pula yang sanggup mendoakan kecelakaan seseorang meskipun bersaudara sesama Islam.

Demikian yang menimpa kepada seorang personaliti TV3, Izwan Azir Salleh apabila kerjayanya teruk dikritik dan disifatkan berdosa.

Walhal, netizen langsung tidak mengetahui skop kerja yang dilakukannya sehingga sanggup membuta tuli melemparkan tuduhan sedemikian.

Ini susulan, gambar miliknyaĀ yang tertera dengan ayat, “Muka ini paling dibenci rakyat Malaysia. Menyampai berita FITNAH Insya’Allah NERAKA TEMPATNYA NANTI” tersebar menjadi viral.

Biadap! Netizen Doa Pembaca Berita TV3 Masuk Neraka

Tidak sekadar itu, netizen turut menyifatkan gaji yang diterimanya haram.

Difahamkan, netizen melemparkan cacian itu berikutan tidak berpuas hati dengan laporan Bersih 5 yang disifatkan hambar oleh Buletin Utama TV3 itu.


Dek kerana itu, Izwan selaku pembaca berita untuk laporan itu teruk dikecam selain ada yang menyelarkannya sebagai binatang.

Biadap! Netizen Doa Pembaca Berita TV3 Masuk Neraka

Sedangkan Izwan hanyalah pembaca dan bukanlah individu yang menulis laporan berkenaan.

Dalam hal seumpama ini tidak sepatutnya Izwan dipersalahkan mahupun dikeji kerana dia hanyalah indivdu yang menerima arahan daripada pihak majikan.

Oleh itu, berhentilah daripada mengaibkan dan mendoakan kecelakaan orang lain, kerana takut kelak anda pula yang merangkak di akhirat meminta maaf kepada Izwan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori