Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bekalan Bahan Makanan Cukup...

LABUAN - Semua langkah yang sepatutnya telah diambil bagi memastikan tidak berlaku kekurangan...

Usia 9 Tahun Sudah...

SUNGAI PETANI - Kebimbangan terhadap ketagihan air ketum bukan sahaja berlaku terhadap golongan...

Bayi Tertimbus Selamat Merangkak...

BEIJING - Ikhtiar seorang kanak-kanak kecil merangkak keluar dari runtuhan batu besar dalam...

Contohi Malaysia Bawa Pembaharuan...

NEW YORK – Tun Dr Mahathir Mohamad kembali semula selepas 15 tahun di...

Bintang Bollywood Diserang Di Paris

BINTANG Bollywood, Mallika Sherawat, 40, dan kekasihnya telah diserang dan ditumbuk di muka serta disembur gas pemedih mata oleh penyerang di blok apartmen yang mereka diami di Paris. Serangan itu berlaku sebulan selepas bintang realiti, Kim Kardashian dirompak di apartmennya di City of Light.

Malikka dan kekasihnya yang juga warga Perancis dan seorang ahli perniagaan, Cyrille Auxenfans, 45, diserang oleh tiga lelaki yang memakai topeng ketika mereka cuba meragut beg tangannya.

Pasangan itu memberitahu polis, lelaki terbabit telah menyerang mereka di lobi bangunan apartmen tersebut. Kejadian berlaku pada 11 November lalu.

Susulan itu siasatan jenayah telah dilancarkan namun agak pelik kerana perompak terbabit melarikan diri dengan tangan kosong meskipun mereka cuba merampas beg tangannya.

“Kami tidak faham kenapa penyerang melarikan diri tanpa mengambil apa-apa,’’ kata sumber dalam penyiasatan itu kepada AFP.


Pada 3 Oktober lalu, Kim Kardashian telah dirompak oleh lima perompak yang berjaya melarikan barang kemas bernilai jutaan ringgit.

Malikka, atau nama sebenarnya Reema Lama yang juga seorang model telah membintangi beberapa filem Bollywood dan lantang bersuara dalam mempersoalkan mengenai hak wanita di India.

Malah dalam festival Filem Cannes tahun ini, dia telah memberitahu majalah Varity bahawa “India adalah masyarakat yang hipokrit di mana wanita benar-benar di berada (tahap) bawah berbanding lelaki’’. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori