Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

CAP Seru Larangan Terhadap...

GEORGE TOWN – Bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang...

Polis Rampas Dadah Bernilai...

KOTA KINABALU - Polis menahan seorang wanita dan merampas kira-kira 2.02 kilogram dadah...

Rumah Terbuka PM Bongkar...

BAZIR... Ketika rakyat marhaen diseru agar berjimat cermat dan bantulah negara dengan derma...

Rusuhan Di Stadium Negeri,...

KUCHING - Pihak polis sedang mencari beberapa lagi individu yang terlibat dalam kejadian...

BNM Tidak Tolak Ansur Urus Niaga RM Dalam Pasaran NDF

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan bertolak-ansur lagi dengan urus niaga ringgit dalam pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) dan pengaruhnya ke atas penetapan harga mata wang tempatan dalam negara, kata Gabenornya, Datuk Muhammad Ibrahim.

Beliau berkata aktiviti dalam pasaran luar pesisir, terutamanya pasaran NDF ringgit telah membawa kesan kepada pasaran dalam negara.

“Kesan daripada ketidaktentuan pasaran NDF jelas dalam pasaran dalam negara dan beberapa peniaga pertukaran asing (FX) dalam pasaran domestik didapati melihat ke arah pasaran NDF untuk memberi petunjuk dalam menentukan pembukaan harga pasaran bagi ringgit.

“Kesan daripada perilaku ini adalah kita secara tidak sengaja mengimport ketidaktentuan NDF ke dalam pasaran dalam negara,” katanya dalam ucapan pada majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Pasaran Kewangan di sini, semalam.

Pasaran luar pesisir, yang didorong oleh minat spekulatif, kekurangan pelbagai spektrum peserta pasaran dan maklumat pasaran dalam negara.

Muhammad juga berkata bank-bank dalam negara telah diingatkan mengenai menyebut harga pembukaan rujukan ringgit dalam negara berbanding harga luar pesisir.


Pasaran tidak seharusnya menetapkan harga ringgit secara berlebihan atau tidak sejajar dengan asas sokongan.

“Kami turut mengingatkan bank-bank dalam negara untuk mengelak berurus niaga dalam FX dengan bank-bank bukan pemastautin yang disyaki terlibat dalam aktiviti spekulasi NDF kecuali yang memberi pengesahan bahawa mereka tidak terlibat dalam pasaran NDF ringgit luar pesisir.

“Minggu ini menyaksikan banyak rungutan berhubung langkah ini. Tiada dasar baharu mengenai aliran modal. Tiada proksi kawalan modal juga. Malah, akaun semasa Malaysia bebas dengan pergerakan bebas aliran masuk dan aliran keluar modal untuk pelaburan,” katanya.

Mengenai masa depan, beliau menjangka Jawatankuasa Pasaran Kewangan, yang ditubuhkan awal tahun ini untuk merangka dan mencadangkan strategi bagi membawa pembangunan pasaran kewangan ke hadapan, akan bekerjasama dengan industri untuk mengemukakan strategi dan idea baharu bagi menyokong pembangunan pasaran dalam negara Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori